KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 28, 2010

BENARKAH INI? RAKYAT MENILAI....


SUMBER: KLIK

Oleh: Faekah Husin

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila beliau membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan. Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT.


Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikin walau sedikit kecewa kerana orang No. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir Negara. Ini menunjukkan UMNO-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk pada 2008 yang lalu.

Kerana kedangkalan pemikiran pemimpin BN terhadap keperluan rakyat, Pakatan Rakyat mempersembahkan program 100 hari untuk rakyat Malaysia bagi melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pentadbiran; perundangan, ekonomi dan pendidikan. Sebagaimana yang dijangka, tanpa berfikir panjang Muhyiddin melahirkan keraguan terhadap kemampuan Negara dan mempersenda pula jasa para guru apabila menyatakan Negara akan bangkrap jika imbuhan RM500 diberikan kepada mereka. Dengan gelojoh pula mencabar negeri Pakatan melaksanakannya.

Terbukti Muhyiddin (gambar kanan) dan BN telah menjadi mangsa kepada perbuatan mereka sendiri yang menggunakan arus perdana alat propaganda untuk memutar belit fakta sehinggakan mereka jelas tidak tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telahpun melaksanakan lebih daripada 60% daripada sembilan program yang disenaraikan di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Bajet Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat begitu komprehensif telah melaksanakan agenda Pakatan tersebut.

Pakatan Rakyat Selangor telahpun menjaga kebajikan kakitangan awam khusus profesion perguruan. Bukan sahaja kita mengikhtiraf kewujudan dan kepentingan peranan mereka, kita telah menaikkan elaun guru KAFA sebanyak RM500 menjadikannya RM1,000 sebulan dalam tempoh setahun mentadbir Selangor. Kakitangan kerajaan pula diberikan sumbangan musim perayaan sebanyak RM500 dan RM500 lagi untuk bonus hujung tahun. Inilah yang dikatakan rakyat didahulukan, bukan sekadar slogan murahan.

Selangor telah memperkemas urusan pentadbiran negeri yang lebih telus dan bertanggungjawab dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang telah berjaya mengadakan beberapa siri sesi pendengaran awam berhubung dakwaan penyelewengan dana awam dan salah urus tadbir.

Selangor telah menjangkau ke hadapan apabila meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat untuk membolehkan rakyat tahu bagaimana negeri Selangor ditadbir termasuk tatacara perbelanjaan hasil negeri. Selangor mahu pembayar cukai turut serta dalam pembangunan, pada masa yang sama mewujudkan proses timbangtara dalam penggunaan hasil negeri. Untuk itu Selangor menjadi negeri pertama yang melaksanakan pendengaram awam di kesemua Pihak Berkuasa Tempatan. Melalui Pelan Tiga Tahun Selangor seluruh rakyat Selangor berpeluang berbincang bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan berkaitan permasalahan rakyat baik dari segi mutu perkhidmatan yang ditawarkan, masalah keselamatan hinggalah masalah domestik. Penyelesaian menyeluruh juga telah dicadangkan dalam sesi tersebut.

Visi melindungi dan menyelamatkan Khazanah Nasional. Di Selangor, kita telah memperkasa Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) yang membolehkan MBI mengambil alih kesemua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya pentadbirannya selari dengan matlamat penubuhan dan menyelamatkan aset milik kerajaan Selangor dari disalahguna samada atas tiket penswastaan mahupun oleh pemimpin dan syarikat kroni yang tamak.

Dalam tempoh kurang tiga tahun memerintah, MBI telah Berjaya mengenal pasti dan mengutip semula hutang lapuk dari syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) berjumlah RM392 juta yang ditinggalkan kerajaan BN. Hasilnya, sebanyak RM50 juta dari kutipan hutang ini kita kembalikan semula kepada rakyat menerusi Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) untuk membantu golongan miskin luar bandar manakala RM20 juta diperuntukkan untuk membantu rakyat miskin di Bandar menerusi skim yang sama.

Mengenai Felda yang tersimpang jauh dari matlamat asal penubuhan; yakni memberi peluang peneroka memiliki tanah yang telah mereka usahakan maka terdapat banyak tanah Felda di Selangor tergadai kepada pihak ketiga. Malang sungguh kerana terdapat juga tangan-tangan pemimpin UMNO yang turut terpalit. Kerajaan Selangor sedang berusaha keras menyelamatkan tanah-tanah milik peneroka Felda termasuk tanah-tanah peserta program Revolusi Hijau yang telah tergadai kerana penyelewengan yang dilakukan kroni-kroni BN. Kita telah berjaya menyelamatkan ribuan ekar tanah dan menyelesaikan ribuan unit rumah terbengkalai menerusi program pembangunan semula projek terbengkalai antaranya di Bukit Botak, Ukay Perdana dan Alam Perdana.

Penstrukturan semula syarikat GLC telah membolehkan Selangor melaksanakan program pemberian air percuma sejak Jun 2008. Pemberian air percuma ini bukti kita mengurus harta rakyat dengan cekap dan bijaksana. Dengan kebijaksanaan inilah maka hari ini kita telah mengenal pasti asset milik rakyat bernilai lebih RM10.9 bilion yang digunakankan syarikat kroni yang tamak. Pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan lebih efisien dan berfaedah kepada rakyat sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih semula pengurusan air, malangnya mendapat kekangan dahsyat dari Kerajaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat Selangor juga telah mereformasikan suruhanjaya bebas supaya adil dan tidak dikawal oleh parti-parti atau pemimpin politik tertentu. Kita menawarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka pejabat cawangan di Pejabat Menteri Besar dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Malah, SPRM dan KSSB telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi menghalang jenayah rasuah.

Program yang dinyatakan ini tidak termasuk program kebajikan yang kita laksanakan seperti Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Tabung Warisan Anak Selangor, Ujian Kesihatan Untuk Wanita, Tuisyen Rakyat, dana kesihatan, bantuan untuk sekolah agama rakyat, sekolah Cina serta Tamil dan banyak lagi.

Kesemua program yang kita laksanakan ini tidak pula menyebabkan Selangor jatuh bankrap. Malah, Selangor mencatatkan lebihan pendapatan sepanjang 2010 dan berjaya membentangkan belanjawan berimbang untuk 2011.

Ini jauh lebih baik berbanding sesetengah negeri di bawah BN yang membentangkan belanjawan defisit. Malah Malaysia sendiri membentangkan bajet defisit sejak 10 tahun yang lalu. Manifesto yang dibuat Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negeri bankrap jika diurus dengan baik, jujur, telus dan bertanggungjawab seperti diamalkan di Selangor.

Program kebajikan ini kita gunakan 100% hasil negeri tanpa mengharapkan satu sen pun bantuan dari Kerajaan Pusat. Menerusi pentadbiran yang amanah, jujur dan iklas, kewangan Selangor masih kukuh dan lebih baik berbanding negeri-negeri bawah BN.

Walaupun tanpa slogan perpaduan yang diciplak daripada Kerajaan Zionis dengan bayaran RN78 juta, Kerajaan Selangor telah melaksanakan program tersebut yang telah memanfaatkan semua bangsa. Malah, orang UMNO juga menerima manfaat daripada program berkenaan.

Muhyiddin boleh mengulangi komitmennya terhadap "Melayu dulu" serta mengulangi retorik mahu membantu rakyat di bawah lembayung slogan 1Malaysia tetapi Pakatan Rakyat akan terus melakukan apa yang diperjuangkan sejak mula lagi iaitu melakukan reformasi dengan telus dan kebertanggungjawaban.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar atas) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

Wednesday, December 22, 2010

Benarkah sedemikian AMALAN PERUNDANGAN MALAYSIA

Memetik berita sebuah PORTAL PARTI POLITIK dalam negara:



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.


Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.


Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.


Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.


Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.


Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.


Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.


Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.


Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.


# Melihat perkara ini , jika menteri sebeginilah yang memerintah rakyat, sememangnya rakyat ibarat GULAI MASAK LEMAK CILI API bagi mereka , dihirup sehingga tiada apa lagi yang tidak tinggal, tiada apa yang tidak berbekas kesan PENCABULAN mereka ....menteri berkenaan mesti di bawa ke muka pengadilan .

APA itu NKRA???


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)-National Key Result Area

Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program
Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Seiring dengan itu, Kerajaan juga dalam proses untuk membentuk Model Ekonomi Baru dan juga penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10. GTP merupakan enjin transformasi yang bermula dengan proses pencarian idea terbaik dan melangkah dengan pantas untuk melaksanakanya. Ia juga merupakan satu pelan hala tuju yang fleksibel untuk mencapai sasaran melalui initiatif-initiatif yang telah dikenalpasti.

NKRA merupakan gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani keperluan rakyat.


Kewujudan NKRA bukan bererti bidang lain tidak akan mendapat perhatian. Bidang-bidang lain akan diliputi di peringkat Menteri (MKRA) melalui fungsi dan tanggungjawab Kementerian masing-masing.


Enam NKRA telah diputuskan oleh Kabinet iaitu:
1. Mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri)

2. Membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri)

3. Mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran malaysia)

4. Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

5. Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar(Kementerian Luar Bandar dan Wilayah)

6. Memperbaiki pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan).

Demi mencapai NKRA, kerajaan akan memberi keutamaan dari segi :

1.perhatian pemimpin,
2.pengagihan kewangan dan
3.mendapatkan khidmat pegawai yang berbakat.

Di samping itu,segala input dan maklumbalas dari peringkat akar umbi, sektor swasta dan lain-lain akandiperolehi dan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.


SEJAUH MANA KERAJAAN BENAR-BENAR KOMITED DENGAN SEMUA INI ?

APAKAH SEKADAR RETORIK MENIPU RAKYAT ?

KITA AKAN MENILAI SEMULA PERKARA-PERKARA INI .....



Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?

• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)

III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).


IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).



Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.

• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.

• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini (KONONNYA) ,3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit.


Apakah benar kerajaan komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI.??? Apakah benar ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya....????

KITA SAKSIKAN KEBENARAN HAKIKAT PERSOALAN INI SEDIKIT MASA LAGI.....!!!!





Tuesday, December 21, 2010

Sistem Kapitalis MASALAHNYA....

KESAN IDEA SISTEM KAPITALIS
SAYA PERLU JADI PEKERJA BAGUS
HIDUP SAYA UNTUK CUKUPKAN KEPERLUAN FIZIKAL
(RUMAH,MAKAN, MINUM,PAKAI, ISTERI, KERETA, SYAHWAT)
IKUT SISTEM YANG DAH ADA

-AKHIRNYA RAKYAT HANYUT DALAM KEMEWAHAN DUNIA- PELBAGAI PRODUK DI PASARAN DENGAN HARGA YANG MAKIN MAHAL....SEDANGKAN MEREKA SEMAKIN TERTINDAS..TANPA MEREKA SEDARI



ANTARA PROPAGANDA KE ATAS RAKYAT AMERIKA- JANGAN BERFIKIR, ASAL BOLEH HIDUP SELESA, ADA DUIT, BOLEH BELI KEPERLUAN DAH CUKUP..JANGAN FIKIR BANYAK-BANYAK, BERHIBURLAH, JANGAN BERPOLITIK, POLITIK MENYUSAHKAN, TERUS DENGAR MUZIK, NIKMATI HIBURAN, PERGILAH MELANCONG, JADILAH PEKERJA YANG BAIK- KLUAR AWAL PAGI , BALIK LEWAT PETANG ..MALAM TIDUR. MAKAN SEDAP-SEDAP, BINA RUMAH CANTIK-CANTIK..KERJA DENGAN TEKUN-ADA ISTERI CANTIK-CANTIK (PROGRAM ROBOT KEATAS MANUSIA MENERUSI SISTEM KAPITALIS)-HARAPAN-HARAPAN PALSU DIBERIKAN KEPADA RAKYAT



SISTEM KAPITALIS DIPAKSAKAN KE ATAS MALAYSIA - PEMODAL YANG KAYA MENEKAN AHLI POLITIK YANG DIBELI MEREKA

KAPITALIS IBARAT PEMBUNUH SENYAP RAKYAT-SEBAB ITU SETIAP UNDI MENETUKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ANAK CUCU

SISTEM EKONOMI KAPITALIS BERPAKSIKAN KEUNTUNGAN DAN MENINDAS

Sistem kapitalis menekan rakyat sehingga memaksa mereka kekal dalam golongan kelas pertengahan sahaja, Cukup disitu, jika mahu mewah lagi perlu berhutang..maka berhutang menjadi wajib dan amalan rakyat . Para pemodal mengunakan peluang ini menjadikan setiap insan terutama yang makan gaji hamba hutang, mengenakan bunga dalam setiap urusan jual beli -rumah, kereta...hatta mahu berkahwin.Institusi kewangan megah dan terus kaya dengan polisi yang sentiasa menguntungkan mereka kerana dibelakang mereka ahli politik yang bersama mereka. Kadang-kadang diberi bonus untuk mengembirakan hati , disebalik itu kekayaan rakyat terus dibolot kelompok "ELIT" dalam pentadbiran yang mendewakan keutungan. Jadi keadaan ini menjadikan rakyat berterusan mengejar kekayaan, tetapi terus miskin... Kesannya , duit akan didewakan, dunia dan nafsu menjadi perkara pokok. Ketamakan , kepentingan diri buah dari sistem ini .





A, B DAN C EKONOMI KITA


Harga gula dan harga bahan bakar minyak baru sahaja naik. Harga elektrik akan naik tidak lama lagi. Malah seribu satu macam harga barang barang keperluan yang lain telah, akan dan sedang naik harga. Apa sahaja barangan konsumer yang bersangkutan dengan gula dan bahan bakar minyak petrolium pasti akan naik.

Orang ramai pasti ingin tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Kenapa harga barang keperluan naik. Kenapa dahulu harga murah dan sekarang naik. Apa yang menyebabkan barang naik. Kenapa ianya naik pada ketika ini.

Untuk memahami semua persoalan ini kita wajib memahami sistem ekonomi kapitalis. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Dalam dunia ini ada dua sistem ekonomi. Satu sistem ekonomi kapitalis dan satu lagi sistem ekonomi sosialis.

Sistem ekonomi kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Apa sahaja projek, dasar pembangunan atau kaji selidik yang dilakukan semuanya berkiblatkan keuntungan maksima. Kapitalisma tidak ada agama dan tidak ada bangsa. Di Saudi Arabia kapitalisma beragama Islam. Di Itali kapitalisma beragama Katholik. Di India kapitalsima beragama Hindu. Di China kapitalisma tidak beragama. Yang penting untuk kapitalisma ialah untung bukan agama atau bangsa.


Sistem sosialis berpaksikan kebajikan ramai. Keuntungan bukan jurupandu sosialisma. Pembangunan dibuat bukan untuk kroni atau untuk mencari untung tetapi untuk kebajikan umum. Dalam sistem ekonomi sosialis semua punca punca pengeluaran dan bahan keperluan asas untuk warga seperti air, udara, hospital, makanan, pengangkutan, leterik atau jalan raya dimiliki oleh kerajaan. Keuntungan tidak dijadikan juru ukur atau tangga kejayaan. Kesejahteraan awam diutamakan.

Sistem ekonomi kapitalis ini telah dipaksakan ke atas Malaysia. Pada satu ketika dahulu air, api, hospital , jalan raya, sistem penerbangan awam – semuanya milik rakyat. Hari ini satu demi satu harta orang ramai ini telah dijual kepada kaum pemodal yang kaya dan berduit. Penjualaan harta orang ramai kepada milik persendirian ini dinamakan penswastaan.

Dasar penswastaan ini adalah satu strategi kaum pemodal untuk menaklok dan menguasai punca punca ekonomi yang dimiliki oleh orang ramai. Cara mengambil alih harta orang ramai ini bukan satu pekara yang susah untuk dilakukan.


Kaum pemodal dan kaum kapitalis telah memberikan dana dan sokongan kepada ahli ahli politik. Kaum pemodal dan para kapitalis telah menaja ahli-ahli politik yang akan menyokong dasar penswastaan. Apabila parti dan ahli-ahli politik ini menang pilihanraya maka kerajaan baru ini terus memperkenalkan dasar penswastaan. Inilah caranya dasar penswastaan diperkenalkan di United Kingdom oleh Parti Konservatif Margaret Thatcher setelah mengalahkan Parti Buruh.

Di Malaysia agak berbeza - penswastaan diperkenal melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru ini cuba melahirkan kaum kapitalis Melayu. Justeru banyak syarikat kerajaan - harta orang ramai - telah difaraidkan. Pada dasarnya difaraidkan kepada orang Melayu dan bumiputera. Tetapi akhirnya semuanya diambil alih oleh para cukong yang memiliki modal yang lebih ampuh.


Hari ini api elektrik, gula, beras, minyak makan, tepung, jalan raya, universiti, hospital – yang pada satu ketika dahulu dikawal atau dimiliki oleh syarikat milik kerajaan kini telah sekali lagi diambil alih oleh kaum pemodal. Kalau dahulu perkhidmatan menjadi tulang belakang dan iman syarikat dan lembaga ini. Dengan penswastaan rukun iman kaum pemodal ialah keuntungan maksima. Khidmat yang diberikan wajib mendapat pulangan yang menguntungkan.

Justeru kerana itu satu demi satu barang-barang keperluan kita dinaikan harganya. Tuan empunya syarikat, tuan empunya kilang dan para pengedar tidak pernah mahu keuntungan mereka turun. Dalam masa yang sama kerajaan tidak lagi dapat berbuat apa apa kerana syarikat ini bukan lagi milik orang ramai. Untuk memedihkan cerita – para menteri dan kaum keluarga mereka juga memiliki saham dan kepentingan dalam syarikat ini.

Mereka yang membuat dasar penswastaan memiliki kepentingan dalam syarikat yang diswastakan. Malah perjanjian antara kerajaan yang menjualkan harta orang ramai ini masih menjadi rahsia. Apa yang kita diberitahu ialah syarikat syarikat ini berhak - kerana perjanjian – untuk menikkan harga mungkin setiap tahun atau mungkin setiap dua tahun. Kita tidak tahu kerana perjanjian ini masih satu rahsia dibawah Akta Rahsia Kerajaan.

Sistem ekonomi kapitalis negara kita ini juga berkait rapat dengan ekonomi kapitalis sedunia. Turun naik harga barangan di negara luar akan juga mempengaruhi harga barangan dalam negara kita. Ini kerana sistem ekonomi kita telah diikat. Cara kita diikat ialah melalui nilai ringgit yang diukur mengikut nilai dolar. Kita juga – malah seluruh dunia - dipaksa menggunakan dolar Amerika dalam hal jual beli minyak dan ekspot impot.

Pada ketika ini Amerika sedang berperang dengan rakyat Iraq, Afghanistan, Pakistan dan tidak lama lagi dengan rakyat Iran. Perang telah membawa musibah yang maha sangat ke atas ekonomi Amerika. Pada hari ini ekonomi Amerika dalam keadaan lintang pukang.

Ketika ini pengangguran ditahap paling tinggi dalam sejarah Amerika. Kilang-kilang banyak yang ditutup. Berpuluh puluh bank besar dan kecil jatuh muflis. Rumah-rumah banyak yang diambil kembali oleh bank kerana gagal membayar hutang pinjaman. Semakin ramai warga tidor dalam kereta atau merempat. Suasana zaman meleset tahun 1929 telah berulang sekali lagi di Amerika.

Kerajaan Amerika perlu mencari dana untuk menampung perbelanjaan perang. Perang di Iraq memerlukan satu bilion dolar sehari. Hakikatnya pada hari ini Amerika Syarikat telah lama jatuh bangkrap.


Justeru untuk mengapungkan Amerikan dari tenggelam, kerajaan Amerika telah meminjam duit dari Federal Reseve. Caranya cukup senang. Federal Reserve telah mencetak duit dan mengagihkan duit ini kepada kerajaan Amerika. Hutang pinjaman ini akan dibayar oleh warga Amerika. Dengan kekuatan bala tentera kuasa imperial Amerika telah memaksa negara negara kapitalis yang lain termasuk Malaysia untuk menggunakan dolar ini – dolar yang tidak memiliki apa-apa nilai. Selain dari nilai takut – takut digudam oleh bala tentera Amerika.

Perang yang berterusan ini masih tidak nampak pintu damai dan sedah memerosotkan nilai dolar. Apabila nilai dolar merosot maka barang yang kita ekspot bertambah murah. Dalam masa yang sama barang yang kita beli bertambah mahal. Minyak yang kita jual juga menjadi murah kerana kita dipaksa menjual dengan menggunakan dolar.

Semua pembekal - besi, beras, makanan, sayuran – malah apa sahaja yang kita impot dari luar - harganya akan dinaikkan untuk mengimbangi nilai dolar yang jatuh. Negara lain juga tidak mahu mata wang dan ekonomi negara mereka ditarik kebawah oleh kemorosotan nilai dolar. Lalu mereka menaikkan harga barangan yang mereka eksport. Akhirnya barang ini kita beli dengan harga yang semakin mahal.

Satu pekara yang sedang menjerut sistem kapitalis antarabangsa ialah kekurangan bahan bakar petroleum. Setiap hari bahan bakar ini semakin berkurangan. Bahan bakar ini adalah penjana tenaga yang maha penting dalam sistem kapitalis antarabangsa ini. Tanpa bahan bakar ini sistem kapitalis antrabangsa ini akan runtuh.


Apabila harga bahan bakar petroleum naik dipasaran antarabangsa maka tidak dapat tidak harga minyak dalam negara kita akan naik juga. Ini telah dan sedang kita lihat berlaku. Kenaikkan harga bahan bakar petroleum ini akan melibatkan asas ekonomi kapitalis. Tidak ada yang selamat dari bencana yang akan dibawa oleh kekurangan bekalan bahan bakar petroleum ini. Apabila bahan bakar petroleum kurang dipasaran dunia maka semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis akan menghadapi krisis yang maha besar.

Harus kita semua menerima hakikat bahawa bahan harga bakar petrolem ini akan terus naik dari hari ke hari. Ini kerana minyak makin berkurangan. Ini juga bermakna semua harga barangan yang kita lihat hari ini akan terus berubah menjadi lebih tinggi.

Kerajaan(Bawah Pimpinan PM-NAJIB) ketika ini telah mula menjalankan dasar untuk melupuskan subsidi. Ini adalah atas tekanan kaum pemodal tempatan dan antarabangsa. Mengikut hujah jahat kaum kapitalis harga barangan tidak perlu disubsidi kerana ini akan menempangkan pasaran. Untuk kaum kapitalis tuhan mereka ialah pasaran. Pasaran lah yang akan menentukan semua.

Kerajaan NAJIB tidak ada pilihan. Najib sendiri dengan kes pembunuhan Altantuya sebagai latarbelakang tidak dapat melarikan diri dari tekanan Amerika. Dalam masa yang Najib juga memerlukan sokongan para cukong dari MCA. Para cukong kini telah mula bersuara untuk meminta kerajaan kurang memainkan peranan dalam percaturan ekonomi negara. Ini kerana para cukong dan kapitalis antarabanga mahu harta-harta rakyat yang masih dipegang oleh kerajaan dapat mereka bolot.

Yakinlah dalam masa yang terdekat lebih banyak barang akan dinaikan harga. Lebih banyak subsidi akan ditarik kembali. Rakyat Malaysia hanya ada satu pilihan mengubah kerajaan yang ada sekarang atau terus terperangkap dalam SISTEM EKONOMI YANG MENINDAS

SUMBER: http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/12/bukan-orang-tapi-sistem.html

Monday, December 20, 2010

Sikap Baru Politik


Mana-mana parti politik mesti mendidik pendukung mereka dengan sikap baru dalam politik yang membawa kepada keadilan dan kasih sayang semua kaum, Mesti menjauhi budaya politik yang diamalkan dalam kerajaan BN sekarang sehingga ramai para usahawan yang benar-benar berkemampuan dibangkrapkam , disekat bantuan dan biasiswa disebabkan perbezaan parti bahkan menganaktirikan mana-mana negeri yang dikuasai PR. Dikenakan pelbagai sekatan atas dasar mahu mengajar rakyat yang menolak mereka. Mereka melaungkan demokrasi tetapi mereka sendiri tidak mahu menghormati sistem yang mereka dukung .

Politik seperti ini perlu dibuang dan disimpan dalam muzium pameran hantu untuk dilihat rupa hantu yang menghuru-harakan Malaysia selama ini. Mungkin untuk membentuk generasi tua agak payah kerana mereka agak sebati dengan budaya politik marah, dendam, dan berpuak-puak. Tetapi pada generasi muda, mereka disemai dengan budaya politik bentuk baru dimana perbezaan pendapat tidak membawa kepada permusuhan peribadi sehingga memutuskan silaturrahim sesama muslim , menyemarakkan permusuhan kaum, ketidakadilan dan lainnya.

Pendapat setengah ahli ilmu yang menghukum fasik malah boleh membawa kekufuran jika tidak mahu kepada peyatuan adalah agak kurang tepat. Ini kerana yang dimaksudkan hadis riwayat Muslim,"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan, adalah memutuskan silaturahim sesama Islam sehingga membawa perpecahan , bukannya perpecahan dalam perbezaan pendapat dalam poltik. Malah dalam Islam , perbezaan pendapat tidak boleh dihalang malah amat dimuliakan dengan syarat memlihara adab -adab khilaf .

Seruan supaya orang Melayu Islam bersatu untuk menentang kaum lain adalah satu seruan yang membakar api perkauman dan kebecian sesama kaum . Bagaimanapun jika kaum Cina atau kaum lain membuat seruan agar parti-parti kaum masing -masing juga perlu bersatu sebagai proters terhadap penyatuan PAS dan UMNO ?Jika ini berlaku , Malaysia akan menuju kancah peperangan kaum yang amat bahaya.


Biar UMNO dikuasai Melayu Islam memimpin parti pelbagai kaum dalam BN dan biarkan PAS dan Melayu Islam dalam PKR memimpin pelbagai kaum dalam PR. Dalam iklim politik kini , keberadaan PAS dalam PR lebih memberi kebaikan kepada Melayu-Islam dan semua kaum daripada bersama UMNO dan BN kecuali jika berlakunya perubahan suasana akan datang.

Politik adalah fleksibel dan segalanya mungkin berlaku . Para pemainnya pula adalah pendekar yang lincah berpencak menghunus keris dan mengelak serangan walaupun terpaksa menggunaan tipu helah . Ia tidak sesuai untuk golongan yang lurus bendul walaupun baik dan berpendidikan agama sekalipun.


Firman ALlah swt,
Hai manusia , sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (al-Hujurat:13)

Kebimbangan kehilangan hak istimewa orang Melayu juga sengaja dimainkan sebagai perang saraf demi mempertahankan kuasa mereka. UMNO menyatakan hanya mereka sahaja yang dapat mempertahankan hak tersebut sedangkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan PM baru ini adalah dasar merit yang merentas sempadan kaum

Pas yang meletakkan parti politik yang meletakkan Islam sebagai dasar utama tetap akan mempertahankan hak kaum Bumiputra sebagaimana yang di jelaskan oleh Presidennnya , Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang . Keadilan yang dimaksudkan oleh ISlam bukannya membahagi sama rata tetapi " meletakkan sesuatu kena paa tempatnya' yakni memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya.

Friday, December 17, 2010

Untung Diambil ,Rakyat Tanggung Rugi


Mari sama-sama membantu kerajaan membanteras RASUAH sehingga ke akar UMBI!! Sedarkan mereka (SESIAPA SAHAJA PEMIMPIN YANG KORUP) dari kemabukan duit RAKYAT

Sikap tolong - menolong amat digalakkan Islam. Pertolongan yang kita berikan kepada saudara kita akan membawa pulangan yang lebih kepada kita. Sabda Nabi saw maksudnya: "Allah swt sentiasa menolong orang selagi orang itu sentiasa menolong saudaranya,"(Hadis)


Majoriti pemimpin kini dari yang tertinggi sehingga ke peringkat cawangan adalah peniaga yang mencari keuntungan bermodalkan harta rakyat. Meraka tiada keberanian untuk berniaga dengan wang sendiri , mereka menjadikan projek yang berselindung atas nama projek rakyat sebagai perniagaannya yang boleh mencapai keuntungan jutaan ringgit.

Jika projek itu berjaya , mereka memperoleh keuntungan , jika gagal kerugian tersebut akan ditanggung oleh rakyat. Kekayaan negara yang berlegar hanya pada golongan mereka.

Justeru untuk menjadi jutawan dengan harta rakyat ini, mereka berhempas pulas untuk mendapat jawatan kerana ianya akan membuka ruang untuk mencapai cita-cita tersebut.

Bergabung saat mereka dalam kemabukan ini tiada akan memberi manfaat. Ibarat orang sedang mabuk, mereka tiada akan menerima apa jua nasihat ketika itu. Cara yang selamat ialah menghentikan mereka minim dengan mengurung mereka di pusat-pusat pemulihan sehinggga ketagihan mereka hilang , kemudian barulah boleh diberi nasihat.

Jika kita masih kepada saudara Melayu kita di dalam UMNO (tidak terlupa juga di dalam PR), marilah kita hentikan kerosakkan yang dilakukan dengan menghentikan mereka yang TIDAK SEDARKAN DIRI dari terus memerintah Malaysia ini, Ia menepati hadis di atas nama Nabi saw yang menyuruh kita membantu golongan zalim dengan kita menghentikan kezaliman mereka.

Moga dengan mereka berehat atau kehilangan kuasa dan tiada peluang membina kekayaan, mereka menjadi golongan yang insa dan membaiki diri ......



Monday, December 13, 2010

Apabila ahli politik melebihi kuasa Raja

Peruntukan undang-undang tertinggi negara mengenai hubungan antara Raja-Raja Melayu dan Islam amat jelas. Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam. Dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengambil tanggungjawab Perlembagaan untuk setiap masa benar-benar memelihara agama Islam.

Kedudukan sumpah Yang di-Pertuan Agong ini amat berat dari sudut ajaran Islam. Ia adalah pernyataan atau lafaz yang amat serius apabila sumpah menggunakan istilah Wallahi; Wabillahi; Watallahi.

Apabila menghayati lafaz sumpah ini mungkin ada antara khalayak yang tertanya-tanya, apakah agaknya peranan Raja-Raja berkaitan Islam? Mungkin ada juga yang terfikir, adakah Raja-Raja sudah melaksanakan tanggungjawab menjaga Islam sepenuhnya?

Persoalan sebegini tidak boleh dielak dalam keadaan semasa. Khalayak ada kalanya mahukan sesuatu yang “tangible”, iaitu sesuatu yang dapat disentuh, atau dilihat dengan mata kasar. Keadaan ini menjadi cabaran kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam. Saya fikir Raja-Raja sudah maklum mengenai cabaran ini.

Kita saksikan banyak perkara yang mencabar Islam dan kedudukannya di negara ini. Mungkin kita masih ingat beberapa kejadian yang menidakkan kuasa mufti dan mempersoalkan autoriti mufti dalam perkara berkaitan agama.

Cabaran memuncak dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah sehingga ada golongan yang mahu undang-undang jenayah syariah dilupuskan semua sekali. Isu kalimah Allah menjadi kebimbangan ramai. Kontroversi wujud lagi dalam kejadian sosej babi. Semuanya ini mahukan Raja-Raja terbabit.

Bukan niat saya untuk membuka semula isu yang saya sebutkan dan mendebatkannya secara provokasi.

Apa yang ingin saya katakan ialah adakah masyarakat menyedari bahawa Raja-Raja Melayu sudah cuba melaksanakan tugas Perlembagaan yang diletakkan di atas bahu baginda. Kenyataan Raja-Raja berkaitan kedudukan agama Islam sering dilaporkan media selepas isu seumpama itu berlaku.

Masalahnya, ada ketika sebahagian khalayak enggan menghargai titah berkenaan. Atas apa alasan, saya tidak pasti. Ada yang enggan faham bahawa titah itu mempunyai sanksi Perlembagaan. Payahnya Perlembagaan bukan Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman sekiranya keingkaran berlaku.

Mungkin ada khalayak yang mahukan Raja-Raja Melayu berterusan membuat kenyataan akhbar atau membuat sidang media. Mungkin ini ada benarnya. Ramai yang mengharap Raja-Raja bertindak proaktif.

Namun, ada kalanya mungkin tidak adil bagi Raja-Raja. Sekiranya terlalu banyak membuat kenyataan akhbar ini akan meletakkan kedudukan Raja setaraf dengan ahli politik. Ini tidak harus terjadi kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kedudukan Raja-Raja itu sendiri.

Walaupun tiada publisiti meluas mengenai peranan yang sudah dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mengenai Islam di negara ini, khalayak harus tahu mengenai sumbangan Raja-Raja mengenai Islam.

Sekiranya kita bandingkan kedudukan Islam sebelum merdeka dan kedudukannya pada hari ini, nampakkah kita akan jarak perbezaan?

Jangan kita menafikan perubahan ke arah kebaikan yang sudah negara lakukan kepada Islam. Kita juga harus melihat apa yang baik, bukan menonjolkan yang negatif saja. Itu tidak adil.

Dalam aspek perundangan dan kehakiman Islam, banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini. Keadaan fizikal dan tenaga manusia di Mahkamah Syariah, contohnya banyak berubah.

Khalayak tidak patut menafikan sumbangan Raja-Raja Melayu dalam penambahbaikan ini. Secara pentadbirannya, suatu polisi agensi kerajaan pusat mengenai Islam, seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan hanya dilakukan jika ia mendapat lampu hijau daripada negeri. Negeri pula tidak memberikan lampu hijau sekiranya tidak diperkenan Raja.

Ada kalangan mereka yang enggan menghargai peranan Raja-Raja berkaitan Islam menghujah bahawa Kerajaan Pusat, menurut Perlembagaan Persekutuan tidak harus membuat urusan berkaitan Islam.

Hujah ini berlandaskan konsep pengasingan kuasa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Disebabkan Islam adalah urusan negeri, maka ia menjadi sesuatu yang tidak berperlembagaan sekiranya Kerajaan Pusat menjalankan urusan Islam.

Maka penubuhan JKSM dan Jakim sudah dipersoalkan keabsahannya dari sudut Perlembagaan.

Hujah ini amat simplistik. Ia tidak memberi penelitian yang baik terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak memberi manfaat kepada sistem pentadbiran yang diamalkan. Saya ada menyatakan dalam ruangan ini dua minggu lalu bahawa, Perlembagaan Persekutuan memberi ruang kepada Parlimen untuk membuat undang-undang berkaitan perkara yang diletakkan di bawah bidang kuasa badan perundangan negeri sekiranya mendapat permintaan negeri. Pembaca boleh merujuk tulisan saya untuk ulasan yang lebih panjang.

Sekiranya kita hujahkan bahawa agensi berkaitan Islam harus diletakkan di bawah penyeliaan Majlis Raja-Raja, saya fikir ini idea yang baik. Tetapi kita harus mengamati sistem pentadbiran yang ada sekarang.

Adakah Majlis Raja-Raja mempunyai wadah atau infrastruktur selengkapnya untuk mengendali agensi seperti ini, jika bukan menerusi kementerian yang berkaitan.

Bukan saya menidakkan peruntukan Perlembagaan mengenai pengasingan kuasa yang disebut di atas. Tetapi kita harus sedar bahawa mekanisme pentadbiran sedia ada perlu diambil perhatian.

Walaupun agensi ini tidak secara perundangannya diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja dalam pentadbirannya, kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri tidak dipinggirkan. Ini ada kalanya dilakukan menerusi mekanisme Majlis Raja-Raja dan dalam banyak ketika Raja-Raja membuat keputusan bersendirian mengenai Islam di negeri masing-masing.

Apa yang kita harapkan daripada Raja-Raja Melayu ialah baginda sentiasa memayungi Islam di negara ini, sentiasa memberi perhatian kepada Islam, mendokong sumpah jawatan yang diambil dan sentiasa menghargai peruntukan Perlembagaan bahawa hak, tugas, kuasa dan tanggungjawab baginda berkaitan Islam adalah budi bicara sepenuhnya. Harapan kepada ahli politik, janganlah pula lebih sudu daripada kuah.— Berita Harian


* Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


SUMBER: DETIK DAILY

Wednesday, December 8, 2010

RAKYAT ADALAH " RAJA"


Kita (RAKYAT) adalah tuan kepada negara ini , orang politik hanyalah sebagai pemegang amanah rakyat dalam menguruskan negara ini. Jika mereka dilihat tidak mampu mentadbir dengan apa yang di inginkan rakyat , maka kita sebagi tuan boleh menukar mereka dengan pentadbir yang lain . Hakikat inI rakyat perlu sedar.

Kita tidak boleh taksub dengan mana-mana pentadbir, kerana ketaksuban kita hanya kepada Al Quran dan Sunnah . Mana-mana pemimpin dan parti yang dilihat mampu mengamalkan dasar-dasar Al Quran , maka merekalah yang wajib kita angkat sebagai pemimpin untuk menguruskan negara ini .

Pada hemat penulis , penggabungan Pakatan Rakyat yakni PAS , PKR dan DAP menepati prinsip ISLAM iaitu menegakkan keadilan, amanah , kasih sayang sesama kaum dan menentang penyelewengan pengurusan harta rakyat. Kesan dari dasar ini dapat kita lihat sedikit sebanyak kini.

GESSA melihat Pas, PKR, DAP bersetuju berpegang pada prinsip yang sama dan itulah yang selari dengan hukum ALLAH yang wajib diutamakan dari keutamaan yang lain. Ia menepati Fiqh Awlawiyat iaitu mengutamakan perlaksanaan hukum Allah yang menepati kehendak dan keperluan semasa dengan tetap akan melakasanakan hukum-hukum yang lain apabila tiba masa yang sesuai.

Penggabungan PAS-UMNO tidak boleh dijalankan pada waktu ini kerana semua prinsip tersebut dilanggar UMNO . Dasar UMNO meletakkan kebendaan dan kaum mengatasi agama; sedangkan dasar PAS meletakkan agama di tempat tertinggi. Jika bergabung dengan PAS , UMNO akan dapat memanjangkan talian hayat mereka untuk terus menyambung kerja-kerja buruk mereka. Mengharapkan mereka insaf dengan idea penyatuan tersebut adalah amat sukar kerana perangai buruk sudah menjadi tabiat mereka sehingga jika orang UMNO tidak menyelewengkan harta rakyat ia dianggap amat ganjil. Ia adalah fakta yang tidak perlu lagi dibuktikan.

ARKIB GESSA

Risalah ini untuk membina kesedaran KUASA RAKYAT sebagai "RAJA" dalam menentukan hala tuju pentadbiran NEGARA

Risalah ini adalah sebahagian tulisan Mantan Pengerusi Kesatuan Madrasah Islamiah Malaysia (ITMAM)

SENARAI KUBU BLOG PARTI POLITIK PRO BN

RAKYAT MENILAI>>

USAH TERLALU TERPERANGKAP DENGAN ISU-ISU YANG DIMAINKAN.

Kelompok ini digelar BPN (Blog Pembela Negara) . Semenjak selepas PRU 12, mereka bergerak aktif menandingi KUBU BLOG yang Pro PR. Sekarang tampil dengan well organize BLOGGERS. Selaku rakyat , kebijaksanaan amat penting menilai sepak terajang dunia BLOG.


Yang Di Pertua – Panglima PerangCyber
Timbalan YDP I - Cheguman Waadat
Timbalan YDP II - AbangTuah
Setiausaha I - Yeopperak
Setiausaha II - Parpu Kari
Biro Pemuda - Gomo
Biro Pemudi - Aleen
Biro Mahasiswa - Farid
Biro Multimedia - Deperado
Exco Seberang Laut - Azzuhrie
Exco KL - Bro Jinggo
Exco Sgor - Melayu Sepang
Exco Melaka - Kumbang
Exco P Pinang - Pejuang Bangsa
Exco Perak - Taiping Mali
Exco Pahang - bRAVEhEART
Exco Kelantan - Pak Mie
Exco Sarawak - Apai Ngelai
Exco Sabah - Sumandak

Generasi Tauladan

Kesyumulan ISLAM mampu meniti hati-hati tulus lagi ikhlas suku bilion penduduk muka bumi. Penterjemahan ISLAM kepada cara hidup yang menepati sunatullah manusia itu sendiri telah terbukti secara praktikalnya dalam lipatan sejarah sebagai sebaik-baik tamadun yang mampu bertahan sehingga ke saat ini walaupun diserang dengan hebat para PEMBENCI kebenaran. Kehalusan ISLAM dalam bicara perjalanan rohani, kepadalah penzahiran syariat yang indah-indah...kesantunan dan kelembutan didikan ISLAM mewarnai seni didikan anak-anak pewaris perjuangan suci ini sehinggalah kesaat ini .



Sendi masyarakat ISLAM iaitu RUMAHTANGGA subur dengan pembenihan kecintaan kepada ALLAH semata-mata. Tidak berpisah dari tiap-tiap sendi ini dengan sulaman CINTA ALLAH. Keindahan ini tampak sempurna melalui peranan setiap entiti di dalam keluarga; si suami memimpin isteri yang lemah , si isteri penasihat yang setia si suami jua menekuni sulaman didikan anak-anaknya, anak-anak menajadi pengikut paling setia mencontohi kasih -sayang ibu dan bapanya.


Begitulah ISLAM mendidik umatnya dalam kekeluargaan, maka apatah lagi kepada pengurusan hidup manusia secara keseluruhan - bermula dari ekonomi, politik, pentadbiran negara, keilmuan , ketamadunan ...semuanya sudah sebati dan tercerna dengan baik sehingga tiada lagi yang tidak diliputi ISLAM dan semuanya kembali kepada CINTA ALLAH jua. Hujung jatuh penzahiran sifat hamba ini akhirnya semua tertumpu kepada abdi diri pada ALLAH.


Generasi kini tidak dapat tidak hanya mampu membina kembali ketamadunan yang dibina para sahabat dengan mengikut telunjuk ikutan sepanjang zaman Nabi MUHAMMAD SAW. Jalan - jalan yang telah dirintis para sahabat r.a. dengan bimbingan MURABBI AGUNG , mestilah jua dilalui umat terkemudian.


Bermula dari bagaimana mereka menzahirkan peribadi mereka, akhlak mereka, ibadah yang tulus, mujahadah yang menekan nafsu, pengorbanan yang tak terbayang oleh kita, serta jihad-jihad mereka pada tiap-tiap perbuatan mereka. Keimanan hakiki yang meresap lagi mencahayakan dalam hati atau kita istilahkan sebagai makrifatullah itu mengalir indah melalui tingkahlaku mereka.



Ketundukkan nafsu para sahabat dari ammarah kepada nafsu ahli JANNAH di jinakkan dengan panduan WAHYU melalui lidah mulia baginda saw . Sehingga kewajipan atas batang tubuh mereka untuk melakukan Qiamullail sekalipun adalah mudah dek keinginan bersangatan menzahirkan rasa Kecintaan yang amat mendalam seperti menyelam di dasar lautan .


Hati mereka hidup dengan ALLAH dalam gerak dan diam mereka. Zahir mereka sibuk dengan urusan dunia tanggungjawab ALLAh kepada mereka, namun hati mereka tidak lalai dari ingatan kepadaNYA sehingga mereka menanggung keasyikan amat sangat berubudiyyah melahirkan rasa syukur dan cinta kepada RABB mereka.

Mereka dididik dengan sulaman zikir AL QURAN , sentiasa memperingati diri dengan tazkirah dan majlis-majlis demi menyuburkan rasa cinta mereka kepada ALLAH. Menjadikan akal mereka semakin puas dan kuat menterjemahkan rasa cinta ini sehingga melimpah pada perbuatan mereka. Kecintaan ini adalah rasa (dzauqi) yang bersarang di hati mereka. Hanya orang yang jatuh cinta sahaja mampu memahami bahasa dan isyarat cinta. Mereka merasainya dihati, biarpun manusia lainnya memanggil mereka gila..mereka merasa bahagia dengan cinta itu.



Hati adalah raja dan punca dan asal segala pendidikan ...begitulah dimaklumi, hatilah mesti diutamakan dalam pendidikan manusia.

sumber: SUFI MUJAHID

Tuesday, December 7, 2010

Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

NONEMenurut, presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

NONEMenurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

sumber: GAMIS

Membentuk sikap Dan Dimensi Politik Baru Negara


"Pemimpin juga manusia biasa, tidak lepas dari keburukan nafsu dan bisikan iblis. Dengan sistem politik monopoli - rakyat akan semakin tertindas . Pemimpin membuat duit pula atas belakang rakyat"



Politik Monopoli Merugikan Rakyat


Sikap politik rakyat Malaysia memerlukan kepada perubahan untuk di sesuaikan dengan matlamat agar benar - benar mencapai piawai sebuah Negara Maju Politik monopoli amat merugikan rakyat Malaysia kerana rakyat akan dipaksa dan secara terpaksa menerima apa jua dasar, program, perangai pemimpin jahat - walaupun rakyat terpaksa menelan kepahitan dan kesusahan. Malahan rakyat turut diajar agar takut membuat pilihan yang benar.


Negara seperti Malaysia , walaupun sistem demokrasi diamalkan dimana rakyat diizin membuat pilihan , tetapi sikap rakyat yang tidak prihatin kepada peranan mereka , sikap pemerintah yang mengekang kebebasan bersuara dan menganggap parti-parti pembangkang sebagai musuh keadilan sistem pilihanraya yang dipertikaikan, maka demokrasi tidak sepenuhnya dapat berfungsi untuk membina masyarakat yang benar-benar progresif hasil dari peluang yang diberikan sistem tersebut .


Dalam masyarakat Islam , demokrasi bukanlah kiblat utama atau suatu akidah , tetapi hanyalah satu alat untuk melaksakan hak seseorang muslim dalam mencegah kemungkaran , sebagaimana hadis yang dirawayatkan al Khudri ra , Nabi saw bersabda:


"Sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran , maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya , sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu ( mengingkari dengan hati ) adalah selemah-lemah iman" .(riwayat Muslim)


Dalam negara yang menjalankan sistem demokrasi pilihanraya , para ulama berijtihad menyertai pilihanraya merupakan wasilah (jalan dan alat) untuk melaksanakan perintah mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan .

Justeru itu , kemungkaran yang dilakukan pihak kerajaan yang memerintah hendaklah dicegah dengan tangan melalui undi pilihanraya yang dibenarkan sistem demokrasi dan hukum Islam , manakala cegahan dengan lisan , antaranya melalui ceramah-ceramah yang diadakan .


Para ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mengharamkan mengangkat senjata terhadap pemertintah Islam yang masih mengamalkan solat. Apabila hak mencegah kemungkaran tiada ditunaikan , maka berdosa kerana redha pada kemungkaran yang terus berlaku dan membawa kemudharatan kepada Agama, Negara dan Rakyat

Oleh itu setiap individu Muslim wajib menunaikan haknya dalam mencegah kemungkaran dan menaikkan yang ma'aruf iaitu golongan yang lebih baik dalam melaksanakan amanah pemerintahan .

bersambung ....

ARKIB GESSA

Tulisan oleh:
al faqir ilallah Ibramin Mohamad Asy Syathari .
Madrasah Pulau Manis .

CONTOH PEMIMPIN KORUP!!!


1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan.

2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

4. Dokumen berkaitan dakwaan Kerajaan Negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

5. Setelah tiga hari peralihan kuasa Kerajaan Negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilaporkan telah dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti).

6. Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13hb. Mac, 2008 bagaimanapun berjaya dihalang oleh Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang kerana mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar Kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar Negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

7. Pembohongan tentang Konsultansi Juru-audit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juru-auditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28hb. April, 2008, Juru-audit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi Bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31hb. Disember, 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juru-audit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31hb. Disember, 2007 kepada anggota-anggotanya.

8. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan iaitu Meram Holdings.

9. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Sub-kontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

10. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd) tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) ada dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

11. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb. November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan mendapat tanah seluas 100 ekar setiap orang iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

12. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun iaitu Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah dan Azril Yusri. Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum EXCO meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

13. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

14. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat 50%.

15. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

16. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi dikawasannya di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn. Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

17. Pada 17hb.-18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah seluas 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen Pilihan Raya 1999 dahulu.

18. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km. yang bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal yang tidak boleh melebihi RM40 juta dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

19. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua UMNO Tanjong Karang, JAKS Sdn. Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa keuntungan yang dikaut oleh JAKS?

20. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.


sumber


DR KHIR TOYO cuba membela diri di dalam blog beliau (KLIK)

Friday, December 3, 2010

HARGA MINYAK NAIK ....

Harga minyak naik lagi, dengan kedua-dua Ron 97 dan Ron 95 naik kepada RM2.30 dan RM1.90 seliter.

Ron 97 naik kepada RM2.30 1 Disember lalu, manakala kenaikan harga Ron 95 diumumkan petang tadi, berkuatkuasa 4 Disember.

Kenaikan diumum Datuk Idris Jala, ketua eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian, Pemandu.

Kenaikan kali ini meliputi dua jenis petrol itu, diesel dan gula, dijangka memberi kesan kepada harga barangan lain, memandangkan kenaikan kos pengangkutan.

p/s: semakin naik?Rakyat semakin terhimpit..yang miskin bertambah miskin..sedang pemimpin yang mengaku berjiwa rakyat terus memeras tenaga rakyat ... Mereka menekan rakyat agar terus berada dalam kelas pertengahan agar mudah mengawal rakyat dari menentang mereka ..

Wednesday, December 1, 2010

SURAT PEMBACA


Perogol patut dikenakan hukuman lebih berat!


SEORANG ibu diperkosa demi menyelamatkan maruah anak gadisnya oleh dua penjenayah yang memecah masuk ke rumah mereka di Kampung Melayu Subang, seperti dilaporkan akhbar amat menyentuh hati.


Penjenayah mengikat tangan ibu muda dan memberi pilihan sama ada dirinya atau anak gadisnya menjadi mangsa. Dengan perasaan keibuan yang mengandung dan melahirkan, dia rela dirinya dirogol. Episod itu dirakam penjenayah berusia akhir 20-an. Di samping melarikan barang kemas dan wang tunai tanpa apa-apa nilai sebagai manusia.

Penyamun itu memakai topeng memecah masuk rumah mangsa ketika tidur bersama anaknya dalam bilik utama, manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

Inilah penderitaan ditanggung mangsa sepanjang hayat ekoran perbuatan jenayah melampau yang tiada nilai pegangan dan kepercayaan sebagai manusia. Nilai yang dimaksudkan Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan serta Rukun Negara.

Orang Islam yang berpegang kepada tiga rukun asas dan rukun khusus, iaitu rukun ihsan ialah pengikut yang takwa kerana Allah memerhati atas segala tindak tanduk manusia.

Malah warga negara yang berpegang kepada Rukun Negara yakni Kepercayaan Kepada Tuhan, tidak melakukan jenayah melampau yang mendatang bencana kepada mangsa dan umat. Apalagi membataskan pergerakan dan aktiviti harian penghuni kerana keadaan dan persekitaran yang mengancam dan tidak selamat.



Dalam hal ini, undang-undang patut mengenakan hukuman berat. Sebagai umat Islam, penjenayah rogol wajar dikenakan hukuman berpandukan ajaran Islam supaya memberi teladan kepa-da masyarakat malah menangani trauma yang dialami mangsa.
Ajaran Islam juga menyeru umatnya perlu memohon kepada Allah supaya kejadian buruk dan aib diri tidak menimpa keluarga. Kita juga harus memastikan kawasan kediaman dilengkapi dengan sistem keselamatan.


DR ZULKEFLEE YAACOB,


UPSI, PERAK


sumber:suara hati