KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 20, 2010

Sikap Baru Politik


Mana-mana parti politik mesti mendidik pendukung mereka dengan sikap baru dalam politik yang membawa kepada keadilan dan kasih sayang semua kaum, Mesti menjauhi budaya politik yang diamalkan dalam kerajaan BN sekarang sehingga ramai para usahawan yang benar-benar berkemampuan dibangkrapkam , disekat bantuan dan biasiswa disebabkan perbezaan parti bahkan menganaktirikan mana-mana negeri yang dikuasai PR. Dikenakan pelbagai sekatan atas dasar mahu mengajar rakyat yang menolak mereka. Mereka melaungkan demokrasi tetapi mereka sendiri tidak mahu menghormati sistem yang mereka dukung .

Politik seperti ini perlu dibuang dan disimpan dalam muzium pameran hantu untuk dilihat rupa hantu yang menghuru-harakan Malaysia selama ini. Mungkin untuk membentuk generasi tua agak payah kerana mereka agak sebati dengan budaya politik marah, dendam, dan berpuak-puak. Tetapi pada generasi muda, mereka disemai dengan budaya politik bentuk baru dimana perbezaan pendapat tidak membawa kepada permusuhan peribadi sehingga memutuskan silaturrahim sesama muslim , menyemarakkan permusuhan kaum, ketidakadilan dan lainnya.

Pendapat setengah ahli ilmu yang menghukum fasik malah boleh membawa kekufuran jika tidak mahu kepada peyatuan adalah agak kurang tepat. Ini kerana yang dimaksudkan hadis riwayat Muslim,"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan, adalah memutuskan silaturahim sesama Islam sehingga membawa perpecahan , bukannya perpecahan dalam perbezaan pendapat dalam poltik. Malah dalam Islam , perbezaan pendapat tidak boleh dihalang malah amat dimuliakan dengan syarat memlihara adab -adab khilaf .

Seruan supaya orang Melayu Islam bersatu untuk menentang kaum lain adalah satu seruan yang membakar api perkauman dan kebecian sesama kaum . Bagaimanapun jika kaum Cina atau kaum lain membuat seruan agar parti-parti kaum masing -masing juga perlu bersatu sebagai proters terhadap penyatuan PAS dan UMNO ?Jika ini berlaku , Malaysia akan menuju kancah peperangan kaum yang amat bahaya.


Biar UMNO dikuasai Melayu Islam memimpin parti pelbagai kaum dalam BN dan biarkan PAS dan Melayu Islam dalam PKR memimpin pelbagai kaum dalam PR. Dalam iklim politik kini , keberadaan PAS dalam PR lebih memberi kebaikan kepada Melayu-Islam dan semua kaum daripada bersama UMNO dan BN kecuali jika berlakunya perubahan suasana akan datang.

Politik adalah fleksibel dan segalanya mungkin berlaku . Para pemainnya pula adalah pendekar yang lincah berpencak menghunus keris dan mengelak serangan walaupun terpaksa menggunaan tipu helah . Ia tidak sesuai untuk golongan yang lurus bendul walaupun baik dan berpendidikan agama sekalipun.


Firman ALlah swt,
Hai manusia , sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (al-Hujurat:13)

Kebimbangan kehilangan hak istimewa orang Melayu juga sengaja dimainkan sebagai perang saraf demi mempertahankan kuasa mereka. UMNO menyatakan hanya mereka sahaja yang dapat mempertahankan hak tersebut sedangkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan PM baru ini adalah dasar merit yang merentas sempadan kaum

Pas yang meletakkan parti politik yang meletakkan Islam sebagai dasar utama tetap akan mempertahankan hak kaum Bumiputra sebagaimana yang di jelaskan oleh Presidennnya , Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang . Keadilan yang dimaksudkan oleh ISlam bukannya membahagi sama rata tetapi " meletakkan sesuatu kena paa tempatnya' yakni memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya.