KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 9, 2010

RAKYAT KURANG KUASA MEMBELI.

Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.

Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.

Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.

''Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.

''Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.

''Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?

''Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.

''Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,'' katanya.

Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.

Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.

''Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.

Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.

Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.

''Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,'' ujarnya.

''Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.

Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.

Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.

''Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,'' katanya.

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

SUMBER: SUARA HATI

Menteri MENIPU WANG LAWATAN ???

SUMBER: RAKYAT MARHAEN

Jawapan bertulis terbaru Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berhubung butiran perjalanannya adalah RM300,000 kurang daripada jawapan yang hampir sama diberikan dua minggu sebelum ini.

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata percanggahan jawapan Ng semalam berhubung butiran perbelanjaan perjalanannya bagi Januari sehingga Oktober adalah RM1.28 juta tetapi jawapannya kepada MP Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 28 Oktober lalu hanya mencatatkan jumlah RM1.58 juta.

"Terdapat perbezaan RM300,000... Adakah kerana menteri terlalu letih dengan penerbangan sehingga dia baca angka yang salah?” perlinya.

Ng sebelum ini sering-kali menjadi bidasan ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat yang menuntut jawapan berhubung lawatan luar negara yang didakwanya bagi mempromosi Malaysia.

Beberapa ahli parlimen menuntut menteri pelancongan itu memberikan butiran terperinci perbelanjaannya, khususnya ketika ke New Zealand dan Australia yang menelan belanja RM245,000.

Semalam dalam jawapannya Ng mendakwa ia merupakan hasil promosi menerusi lawatan, yang termasuk taklimat kepada 9,173 individu menerusi 306 acara iaitu seminar, travel mart, sidang media, wawancara media, perjumpaan khas termasuk berjumpa dengan 20 menteri pelancongan dari Asean, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) dan kumpulan 20 negara anggota atau G20.

Merujuk jawapan bertulis Ng berhubung 'misi' tujuh hari ke Eropah pada 25 hingga 31Mei lalu, Loke berkata

"Adakah ini lawatan membeli-belah atau apa?” soal Loke sambil berkata jumlah itu tidak masuk akal kerana kebanyakan pelancong yang melawat Malaysia bukan datang dari Eropah.

Menurut jawapan bertulis Ng lagi, lawatan ke Eropah berkenaan membabitkan “dua delegasi” dari Kementerian Pelancongan yang melawat London, Munich dan Milan.

Semasa lawatan itu, Ng dikatakan berjumpa dengan Persatuan Diraja Hortikultural bagi mempromosi taman-taman di Malaysia manakala pegawai Tourism Malaysia pula terbabit dengan Pameran Bunga Chelsea.

Katanya lagi, Tourism Malaysia memenangi pingat emas di bawah kategori 'pameran taman' dan kemudiannya diwawancara oleh BBC.
Menurut Loke, ini bukan kali pertama Ng memberikan butiran perbelanjaan lawatan yang bercanggah.
Beliau memberi contoh misi kementerian itu ke negara-negara Teluk antara 4 hingga 12 Mei lalu.

Jawapan Ng kepadanya mengatakan kos yang terbabit adalah RM97,000, tetapi jawapan menteri itu kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua sebelum itu, pula adalah RM300,000.

Loke berkata beliau berharap menteri berkenaan dan kementeriannya akan bertindak lebih profesional dalam menjalakan tugas mereka.

"Kami akan terus baca dan bandingkan jawapan dengan apa yang diberikan sebelum ini, baik daripada MP Pakatan mahupun BN untuk pastikan jumlah yang diberikan adalah konsisten,” katanya.

Politik Berjiwa IHSAN

Bersama-sama kita renungi artikel ini.

sumber: kuliahadden

Satu rakaman temuramah bertajuk “Ustaz Mohd Nor Deris Menjawab Harakahdaily” ditunjuk pada saya. Beliau membuat pelbagai tuduhan pada Tuan Guru Nik Abd Aziz (TG) (yang tak sanggup saya tulis disini )dan turut menggelar Pakatan Rakyat (PR) sebagai ‘Tentera Ahzab’ yang bersekongkol untuk menghancurkan ‘Gerakan Islam’ yang dipimpin oleh UMNO.

Apabila mendengar apa yang diceritakan, ia memperlihatkan seolah-olah TG tiada berakhlak dan dia lebih berakhlak. Saya amat musykil adakah benar dakwaannya itu dan adakah benar TG akan layan orang seperti ini.
Syukur pada keesokan hari, anak saya telah menunjukkan pula rakaman “Mohd Nor Deris Kurang Ajar dengan Tok Guru” yang memaparkan peristiwa sebenar yang berlaku semasa TG dan rombongan menziarahi bekas Adun Galas, Omar Mohamad semasa kempen pilihanraya Dun Galas baru-baru ini

Apabila melihat kepada rakaman itu, barulah saya ketahui bahawa apa yang diceritakan ustaz itu berlawanan dengan peristiwa sebenar. Memang berlaku sedikit kekecohan, namun sikap ustaz itu yang menyerang TG dengan kata-kata kesat dan nada kuat memperlihatkan tiada akhlaknya, dan amat berlainan dengan apa yang diceritakan.

Dia mendakwa TG dalam kerasukan, walhal sebenarnya dialah yang seperti kerasukan hingga terpaksa ditenangkan Datuk Mohd Amar. Mohd Amar memperingatkan kepadanya bahawa mereka berada di rumah orang dan tak sepatutnya berkelakuan demikian. TG hanya diam di kerusi dan berbual dengan tuan rumah tanpa memperdulikannya. Namun dia terus-terusan melontarkan kata-kata kejian kepada TG.

Sebenarnya bagi saya, jika TG marah padanya pun, itu amat patut kerana dia adalah sahabat TG yang mengkhianati TG. Apatah lagi di atas sikapnya yang biadab tidak mahu bersalam ketika TG menghulur tangan untuk bersalam, malah mengeluarkan kata-kata kesat yang tak sepatutnya.

Namun kemarahan TG padanya tiada berpanjangan dan memperlihatkan akan sikap seorang yang dapat mengawal dirinya ketika marah. Orang seperti ustaz begini tiada patut dihormati dan perlu dibuang jauh-jauh kerana mengkhianati sahabat, perjuangan dan prinsipnya sendiri.

[Mohd Nor, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an adalah ahli PAS dan sering memberikan ceramah atas pentas PAS. Namun pendekatannya sentiasa keras terhadap Umno dan antaranya sering memaki dan mengkafirkan Umno. Beliau kemudiannya keluar PAS bersama dengan Wan Ismail dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh. (Wan Ismail lebih dikenali dengan nama Wan Ismail Jirat kerana sering menggunakan perkataan jirat iaitu tanah perkuburan Cina apabila merujuk kepada kubur yang bakal didiami apabila pemimpin Umno mati nanti.) Selepas itu, Mohd Nor bersama rakannya Mustafa Kadir menyertai Umno pula sehingga kini walaupun Umno adalah sasaran utama mereka ketika berada dalam PAS.
Sumber : MalaysiaKini]

Akhirnya beliau bertemu “hidayah” bahawa golongan yang dikafirkan dahulu (Umno) rupanya ‘pejuang Islam’ yang sebenar. Inilah lawak antarabangsa golongan spesis seperti ustaz ini yang bersepah di bumi Malaysia hari ini. Apa yang menghairankan, mereka tak malu menggunakan ayat Allah (yang digunakan untuk mengkafirkan orang UMNO dulu) yang sekarang menggunakan ayat yang sama mengkafirkan orang-orang PAS pula.

[Dahulu juga dia membenci UMNO dan pernah mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang UMNO adalah haram. Paling dahsyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang UMNO maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah menggunakan bendera UMNO sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO. Sumber : jilfityan]

Apa saya perhatikan, kebanyakan para penceramah sama ada dari golongan Tuan Guru, ustaz atau orang biasa dalam PAS yang lantang mengkafirkan UMNO, akhirnya memasuki UMNO. Saya tiada jawaban memikirkan bagaimana ia boleh berlaku kerana jika diukur pada percakapan mereka dahulu amat mustahil mereka akan masuk ke dalam UMNO. Namun tiada yang mustahil apabila dikehendaki oleh Allah.

Bagi saya inilah adalah kafarah Allah di dunia kepada mereka yang bersifat cepat menghukum, bukan berdakwah. Segala apa yang dimaki hamun atau dihukum kepada pihak itu selama ini telah kembali pada mereka sendiri. (Jika Saidina Umar al-Khattab r.a ada sekarang, rasanya kepala ustaz-ustaz seperti ini semua sudah tiada kerana sikap munafik mereka. Justeru, saya mengambil peringatan untuk diri dan ikhwan agar tidak bersikap seperti mereka dalam dakwah dan perjuangan.

KASYAF

Apa yang melucukan, ustaz ini mengaku ia kasyaf sehingga dapat melihat tangan TG itu ‘tangan syaitan’. Bagi saya kasyaf ustaz itu hanya auta sahaja untuk menyedapkan cerita, bukannya benar apa yang didakwa. Jika benar ia dikurniakan kasyaf sekalipun, haram atasnya menghukum orang berdasarkan kasyaf, ilham, mimpi atau fiarasat. Dalam disiplin akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, orang memiliki pengetahuan dengan jalan kasyaf, hanya sebagai rahsia dirinya dan tiada boleh dihebahkan apalagi mahu dijadikannya sebagai sandaran hukum

Syaikh Ahmad al-Sirhindi (971H/1563M - 1034H/1624M) menyatakan dalam kitabnya Al-Maktubat, “Jika berhimpun ilmu kasyaf para wali dan ilmu para ulama, maka wajib berpegang kepada ilmu para ulama syariah yang lebih menghampiri kebenaran hukum.”

POLITIK ALAF BARU

Pada generasi muda, saya amat menyeru agar menuju kepada politik alaf baru berdasarkan akhlak, hujah, perpaduan, keterbukaan dan idea. Kita wajib menolak jauh-jauh golongan seperti ini yang tiada akan membawa sedikitpun kebaikan dalam perubahan politik yang dicita-citakan. Politik sentimen mengajak benci pada kaum dan mengapi-apikan semangat Melayu dan Islam adalah tiada wajar diperjuangkan oleh mereka yang memahami Islam (yang syumul) yang dibawa oleh Baginda sallaLLahu ‘alaihi wassalam. Kita kini perlu menuju kepada kehidupan agama yang menyeru kepada prinsip perpaduan sejagat, hormat menghormati dan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat demi kebaikan Negara.

Saya amat sedih melihat bagaimana TG yang begitu banyak berjasa mencorak warna Islam di Malaysia sehingga Islam diterima pelbagai kaum kini, diperlakukan seperti itu

Pernah seorang India beragama Hindu yang menjadi perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS menziarahi saya di madrasah memberitahu, bahawa dia dan para sahabatnya mengenali Islam apabila mengunjungi TG Nik Aziz di rumahnya Pulau Melaka. Mereka datang untuk mendapat gambaran tentang Islam PAS, tetapi apa yang mengejutkan ialah apabila TG yang juga seorang Menteri Besar datang kepada mereka sambil menuang air kepada setiap orang dan amat menghormati mereka dalam perbincangan yang dibuat.

Hingga kini TG menjadi ikon kepada non-Muslim untuk mengenali Islam yang bersifat terbuka, toleransi, kasih sayang, rendah diri, amanah, progresif, zuhud dan lainnya. TG Nik Aziz adalah seorang ulama yang menghimpun padanya kebijaksanaan politik, kefahaman ilmu dan sifat tasawwuf. Ia menjadi begitu indah apabila kebijaksanaan dalam siasah, keilmuan fiqh ditunjang oleh akhlak tasawwuf. Bagi TG, jika tiada tasawwuf maka tiada Islam kerana fiqh menjaga fizikal, tasawwuf menjaga urusan rohani. Maka tasawwuf adalah komponen yang penting bagi Islam itu sendiri.

TUAN GURU NIK AZIZ DAN TASAWUF
Dalam satu wawancara dengan Ummahonline.com, satu soalan mengenai kepentingan tasawuf dalam perjuangan Islam diajukan. Tuan Guru menjawab :
"Tidak ada tasawuf, maka tidak ada Islam. Islam adalah menjaga tubuh. Oleh kerana tubuh manusia ini ada ruh; maka Islam yang menjaga tubuh, manakala iman pula menjaga ruh. Iman yang kita sebut ini juga diistilahkan juga sebagai tasawuf. Tasawuf menguasai rohani, manakala fiqh menguasai fizikal. Pelakuan fizikal dalam sembahyang kita adalah urusan fiqh, jadi samada ia khusyuk atau tidak itu ia adalah urusan tasawuf. Maka tidak boleh sekali-kali Islam berpisah daripada tasawuf. Oleh yang demikian, tasawuf adalah amat penting serta menjadi komponen bagi Islam itu sendiri. Kerana aspek keikhlasan adalah kerja tasawuf, bukannya kerja fiqh."
Sumber : Ummahonline]
Dalam buku Saya Pun Melayu karya Datuk Zaid Ibrahim, dicatatkan satu petikan wawancara majalah Off The Edge (2008) dengan TG Nik Aziz dimana TG berkata :
“Tasawwuf adalah rempah dan hati Islam, kerana tubuh manusia itu terdiri dari jisim dan ruh. Jisim yang ada di luar iaitu solat, puasa.. ini semua urusan Islam. Inilah yang kita kata urusan fiqah. Tapi ikhlas, tawadhu’, zuhud.. ini semua urusan ruh. Yang kita nak bersihkan ruh kita. Macamana nak bersihkan ruh kita. Kalau kita berzikir, taubat, istighfar, jangan marah, jangan kedekut, ini urusan dalam.. mana fiqah boleh nak urus? Islam mesti ada tasawwuf, kerana nak ikhlas. Kalau kita sembahyang kepada Allah, tapi hati kita masih berkata-kata, Tuhan tak terima sembahyang kita. Hati kita mesti ikhlas dulu. Nah, itu tasawwuf. Ikhlas bila kita ingat pada Allah, ingat pada malaikat yang ada di kiri kanan kita. Itu tasawwuf. (m.s 310- 311)

PENUTUP

Kita perlu menerima hakikat tiada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wassalam. Justeru setiap kita punya kelemahan dan kekurangan, kadangkala terkhilaf dalam sesuatu perkara, hatta Tuan Guru sendiri. Namun yang penting kita harus sentiasa menyantuni setiap kesilapan manusia dengan penuh kasih sayang dan hikmah, bagaikan teguran seorang anak kepada ayah dalam apa keadaan jua.

Kita mahu agar permata yang dianugerahkan Allah kepada umat Islam ini bersinar di atas paksi galaksi yang benar. Cinta, menghampiri dan doa akan membawa keberkatan, kekuatan dan pengampunan Allah daripada menghentam kesalahan dan menyebarkan keaiban.

Ya Allah, Engkau berilah kesabaran dan kekuatan dalam jiwa Tuan Guru dalam menghadapi segala kejahatan dan fitnah, kekalkan kelembutan jiwanya dan berlapang dada ia dalam menerima nasihat kebenaran. Amin.

Rakyat Perlu Tahu INI ...dan Buatlah keputusan untuk RAKYAT

Dimabil dari blog : MerdekaReview

Pada 14 April 2010, berbalas kepada kenyataan saya "Mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai samada agen Israel telah meresapi Bukit Aman" yang dipaparkan di blog saya pada 10 April 2010, saya menerima emel yang berikut dari Mat Zain bin Ibrahim, yang antara lain menyatakan:

Izinkan saya mengisytiharkan bahawa saya merupakan Pegawai Siasatan ke atas insiden keji "mata lebam" yang tidak lagi perlu dijelaskan secara panjang lebar.

Respon saya adalah terhad ke atas sesetengah kata-kata yang YB buat dalam rencana di atas, yang disalin di bawah:

Satu kes yang baik adalah serangan "mata lebam" 1998 ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Ketua Polis Negara masa itu yang berlaku di dalam Bukit Aman sendiri, dua minggu setelah beliau dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Malah kepimpinan Polis tertinggi masa itu telah membuat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa "mata lebam" Anwar mungkin diakibatkannya sendiri, sungguhpun pada masa itu Anwar hampir kehilangan nyawa kerana telah dipukul oleh Ketua Polis Negara di Bukit Aman!

Akhirnya, hanya menerusi satu Suruhanjaya Siasatan Diraja maka barulah apa yang sebenarnya berlaku didedahkan.

Saya mesti berkata secara terus bahawa kata-kata YB di atas tidak betul. Saya tidak salahkan YB kerana berkata demikian kerana anda tidak pernah melihat maupun dibenarkan untuk melihat Kertas Siasatan yang saya sediakan. Bagaimanapun, untuk rujukan YB, saya ingin mencadangkan bahawa anda melihat salinan surat saya yang bertarikh 15 April 2009 yang saya tulis kepada Lembaga Penasihat dan beberapa Jawatankuasa SPRM, untuk lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku sepanjang proses siasatan.

Saya boleh menjamin bahawa kepimpinan Polis tertinggi pun tidak pernah melihat Kertas Siasatan ini. Saya tidak pernah memberikan sebarang ringkasan kepada mereka atau mengikut arahan mereka dalam siasatan mata lebam ini. Saya adalah bebas. Saya berurus terus dengan wakil Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (masa itu Dato Gani Patail, seorang DPP kanan dalam Kamar Peguam Negara) dan tiada siapa lagi.

Adalah juga tidak betul bagi YB mengatakan bahawa kepimpinan polis tertinggi pernah membuat Perdana Menteri masa itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed (TDM, gambar kiri) untuk mengumumkan bahawa mata lebam Anwar adalah diakibatkannya sendiri. Saya sebenarnya yang berjumpa dengan TDM pada 8 Oktober 1998 pada lebih kurang 8.15am di pejabat Perdana Menteri (kurang dari dua minggi setelah saya dilantik sebagai Pegawai Siasatan). Saya memberitahun TDM secara terang bahawa mata lebam DSAI adalah disebabkan oleh serangan dan penyerang adalah Tan Sri Rahim Noor sendiri. Dan tiada siapa yang bersubahat dengan Tan Sri Rahim Noor dalam perkara ini. Saya berjanji kepada Tun Dr Mahathir bahawa siasatan saya tidak akan menutup sebarang fakta dan bahawa Laporan Siasatan akan siap dalam tempoh dua minggu dan akan dihantar kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Saya mesti berkata bahawa kata-kata YB bahawa "hanya setelah Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk maka barulah kebenaran didedahkan" sebenarnya tidak betul. Malah penyerang dalam kes ini telahpun dikenalpasti oleh pihak Polis sendiri semasa saya berjumpa dengan Tun Dr Mahathir pada 8 Oktober 1998.

Saya mesti mempertahankan pihak polis kerana PDRM memang berupaya melancarkan siasatan "no-holds-barred" dan Kertas Siasatan ini adalah mengenai insiden mata lebam 1998. Saya ingin meyakinkan YB bahawa komen-komen yang saya buat di atas semuanya direkod secara terperinci dalam diari saya serta laporan berterusan (running report) kepada Kamar Peguam Negara yang masih di dalam Kertas Siasatan. Sesetengah bahagian laporan ini adalah dilampirkan bersama surat saya kepada SPRM yang bertarikh 15 April 2009.

Kita perlu mengkaji peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memahami mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan. Secara ringkas, kelambatan dalam menyiapkan siasatan adalah disebabkan oleh sikap tidak profesional cara Kamar Peguam Negara - khasnya Tan Sri Gani Patail (gambar kanan) sendiri - mengendalikan Kertas Siasatan. Saya berani berkata sekiranya berlaku kekeliruan, ia adalah Gani Patail yang mengelirukan, dan sekiranya berlaku sebarang manipulasi bukti, maka beliaulah yang memulakannya.

Pendirian PDRM mengenai siasatan ini adalah tegas dan ia sepatutnya dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak, dilakukan secara pantas dan terprinci tidak kira siapa itu pengerang. Inilah apa yang telah kami lakukan dan sayalah orang yang mencadangkan supaya Tan Sri Rahim Noor didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang DSAI lama sebelum Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan.

YB memang sedar bahawa DSAI telah membuat satu laporan pada 1 Julai 2008 mendakwa bahawa empat individu, iaitu Gani Patail, Musa Hassan, seorang yang bernama Dr.Abdul Rahman Yusof serta diri saya, telah telibat dalam mereka keterangan palsu dalam siasatan mata lebam. Kes ini sebenarnya disiasat oleh SPRM.

Pada 11 Mac 2009, YB Nazri Aziz (gambar kiri) mengumumkan di Parlimen bahawa satu Panel Bebas tiga-anggota yang dilantik sebagai DPP di bawah Criminal Procedure Code oleh Solicitor General untuk mengkaji dakwaan DSAI telah membersihkan nama Gani Patail dan Musa Hassan dari sebarang kesalahan. YB Nazri juga melaporkan bahawa keputusan Panel mengenai Musa Hassan adalah sebulat suara (3-0) sementara mengenai Gani Patail adalah majoriti (2-1).

(Tiga anggota yang dilantik adakah bekas hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor Ahmad dan Datuk Mohd Noor Abdulla.)

Untuk makluman YB, berikutan dengan pengumuman ini, saya menulis surat kepada Lembaga Penasihat SPRM pada 15 April 2009. Di antara isu yang saya bangkitkan adalah bahawa DSAI telah mendakwa bahawa ada empat orang yang mereka keterangan palsu tetapi Panel hanya membersihkan nama dua orang iaitu Gani Patail dan Musa Hassan. Maka saya ingin tahu apakah kedudukan saya dan meminta supaya nama saya juga dibersihkan. Semua ini boleh didapati dalam surat saya.

Satu lagi perkara penting yang saya bengkitkan dalam surat saya adalah mengenai "keesahan" perlantikan Anggota-anggota Panel sebagai DPP di bawah CPC oleh Solicitor General.

Saya mengingatkan Lembaga Penasihat bahawa setahu saya, Solicitor General tidak berhak atau berkuasa di bawah CPC untuk melantik mana-mana orang yang berkelayakan sebagai DPP. Hanya Pendakwa Raya/Public Prosecutor yang berhak dan berkuasa bertindak demikian dan kuasa ini hanya boleh digunakan oleh Pendakwa Raya sendiri sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 376 (4) CPC. Saya juga menyatakan dalam surat saya bahawa Solicitor General hanya mempunyai kuasa sebagai DPP dan sekiranya Solicitor General yang melantik anggota-anggota Panel berkenaan, maka Panel berkenaan bukan dibentuk secara sah. Maka sebarang keputusan atau kesimpulan Panel ini tidak berguna dan tidak sah. Saya juga menyatakan bahawa sekiranya Peguam Negara sendiri yang melantik anggota-anggota Panel berkenaan, maka isu konflict kepentingan yang serius pula berbangkit kerana Peguam Negara adalah pihak yang perlu disiasat dalam kes ini. Berdasarkan intepretasi saya mengenai Seksyen 376 (4) CPC dan setelah mendapat nasihat yang sewajarnya, saya berpendapat "clearance" yang diberikan kepada Gani Patail dan Musa Hassan adalah tidak sah di sisi undang-undang atas alasan Panel bukannya dibentuk secara sah.

Satu lagi perkara adalah bahawa YB Nazri menyatakan bahawa keputusan Panel mengenai Gani Patail adalah keputusan majoriti (2-1). Tanpa mengambil kira fakta bahawa perlantikan anggota-anggota Panel adalah tidak sah, Dato Abdul Razak Musa iaitu Pengarah Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan SPRM telah mengesahkan dalam affidavitnya yang bertarikh 30 Jun 2009 dan difailkan dalam kes sodomi yang masih berlangsung bahawa keputusan Panel mengenai Musa Hassan dan Gani Patail adalah "sebulat suara". Siapa yang berbohong – YB Nazri atau Razak?

Razak juga mengesahkan dalam affidavit yang sama bahawa berdasarkan kesimpulan semua anggot panel, beliau menutup kes terhadap Gani Patail sahaja! Ini hanya bermakna bahawa kes terhadap tiga lagi iaitu Musa Hassan, Dr.Rahman dan saya masih berjalan. Untuk saya, ini amat tidak masuk akal. Sungguhpun bukti terhadap Gani Patail adalah sungguh jelas, tetapi SPRM hanya tutup kes terhadap beliau sahaja. Ini hanya menunjukkan bahawa SPRM dan Kamar Peguam Negara sanggup mengesahkan affidavit palsu untuk melindungi Gani Patail dari hukuman undang-undang (untuk makluman YB, Razak kini merupakan Peguam SPRM dalam Inquest Teoh Beng Hock, gambar kanan).

YB, saya tidak ingin menulis lebih lagi. Saya harap respon saya terhadap rencana YB mudah difahami dan saya ingin meyakinkan YB bahawa fakta-fakta yang didedahkan di atas boleh diesahkan secara mudah. Selain daripada ini, saya juga telah memberikan jaminan bertulis kepada SPRM dan Kamar Peguam Negara bahawa saya bersedia mendedahkan fakta-fakta berkenaan dalam prosiding kehakiman mengenai perkara ini.

Dalam surat beliau yang ditujukan kepada Lembaga Penasihat SPRM yang bertarikh 15hb April 2009, Mat Zain berkata:

"Tanpa mengambil kira kesahihan perlantikan 'Panel Bebas' tersebut, seorang Yang Ariff Panel berkenaan telah mendapati Gani Patail terlibat dalam salah laku jenayah sekalipun sejenis jenayah yang dilakukan tidak dinyatakan."

"Selaku Pegawai Penyiasat kes 'mata lebam 1998', saya amat yakin, sekiranya Yang Ariff Ahli-Ahli Panel berkenaan dibekalkan dengan dokumen lengkap seperti yang terkandung dalam Kertas Siasatan yang pernah saya sediakan dahulu dan dibaca bersama dengan Laporan Suruhanjaya Di Raja, maka ketiga-tiga Yang Ariff berkenaan akan mendapati salah laku jenayah yang lebih dari itu."

Mat Zain seterusnya mengemukakan bukti untuk menyokong apa yang disebutnya sebagai "dakwaan 'mereka keterangan palsu' berkaitan laporan perubatan ke atas Anwar Ibrahim dalam kes 'mata lebam' 1998 yang melibatkan Gani Patail dan Dr. Rahman".

Mat Zain telah mengistiharkan bahawa beliau serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI.

Malahan beliau menjelaskan bahawa beliau telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan beliau) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.

Mat Zain telah menasihatkan Gani Patail ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah ke atas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan ke atas DSAI atas permintaan rasmi beliau, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan "complications" kemudian hari.

Rupa-rupanya Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga laporan palsu berlainan berkaitan dengan kecederaan DSAI dalam insiden mata lebam tersebut.

Dalam ucapan bajet saya (Lim Kit Siang, gambar kanan) pada 28 Oktober, saya merujuk kepada Surat Terbuka Mat Zain bertarikh 8 Oktober 2010 yang dituju kepada Kalsom Taib, isteri dan biografer Shafee Yahya, bekas ketua Badan Pencegah Rasuah, sebagai respon terhadap soalan-soalan yang dibangkitkan dalam buku beliau mengenai siasatan polis terhadap dakwaan ke atas bekas Perdana Menteri Mahathir kerana salah guna kuasa pada Jun 1998 dengan menghentikan siasatan rasuah terhadap Ali Abul Hassan Sulaiman, ketua Unit Perancangan Ekonomi kerana Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab terhadap siasatan ke atas dakwaan berkenaan.

Mat Zain mendedahkan dalam surat terbukan yang ditulisnya bulan Mei ini yang dituju kepada Ismail Omar (pada masa itu Timbalan Ketua Polis Negara) serta Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, menggesa supaya kaji semula siasatan ke atas keterangan palsu yang direka terhadap Anwar dalam kes serang "mata lebam"-nya tahun 1998 demi mempertahankan kredibiliti, kebebasan dan imej PDRM yang telah serius terjejas sejak 2006.

Saya memberitahu Dewan yang Mulia ini bahawa Mat Zain telah membuat dakwaan yang serius iaitu bahawa bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Gani Patail, telah membenarkan keterangan palsu digunakan di dalam kes mata lebam Anwar Ibrahim dan mesti bertanggungjawab terhadap keadaan huru-hara sistem keadilan jenayah negara masa kini.

Dalam Surat Terbukanya, Mat Zain bertanya:

"Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita?....Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang? Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada 'precedent' yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri."

Saya berkata di Parlimen: "Gani Patail, Musa Hassan atau Menteri Dalam Negeri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Ismail semuanya tidak boleh terus membisu terhadap Surat Terbuka yang sungguh memudaratkan oleh seorang bekas pegawai polis kanan dan menyeru supaya Menteri Dalam Negeri memberikan satu penjelasan yang menyeluruh mengenai perkara ini di Parlimen."

Saya merasa sungguh terkejut kerana Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin tidak menjawab pertanyaan saya mengenai tuduhan serius Mat Zain terhadap sistem keadilan kita dan apabila saya bertanya, semasa beliau selesai menggulung ucapannya selama dua jam, mengapa tiada jawapan terhadap soalan-soalan yang saya bangkitkan, beliau berkata bahawa saya tidak pernah membangkitkan perkara ini dalam ucapan saya.

Saya merasa sungguh terkejut kerana apa yang saya katakan telah dicatat dalam Hansard. Samada Menteri Dalam Negeri tidak jujur, ataupun beliau telah ditipu oleh pegawai-pegawainya, yang bermakna Menteri Dalam Negeri "not master of his Ministry".

Bagaimana perkara seperti ini berlaku, melainkan ianya satu usaha sengaja untuk tidak mengendahkan dan cover-up skandal terbesar dalam sistem keadilan Malausia. Sebagaimana yang dirujuk dalam Surat Terbuka Kepada Kalsom, Mat Zain berkata:

"Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi 'isyarat awal' berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj.Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II."

"Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu,serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut."

"Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan 'scape-goat' sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam."

"Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan,menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd.Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononnya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya."

"Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang.

Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada "precedent" yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya Di Raja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah;jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R.Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia,maka P.I.Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah(saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu(walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff."

Ghani Patail didakwa bahawa beliau mereka keterangan palsu dalam siasatan "mata lebam" Anwar Ibrahim tahun 1998, suatu dakwaan yang tidak pernah dinafikannya sungguhpun dakwaan berkenaan dibuat oleh pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap siasatan berkenaan 12 tahun yang lalu.

Dakwaan ini dibuat bukan oleh orang sembarangan tetapi oleh seorang pegawai polis kanan yang diberi amanah melakukan siasatan ke atas salah satu peristiwa paling hitam dalam sejarah polis dan pentadbiran baik negara ini.

Kita menghadapi situasi yang pelik dan memeranjatkan di mana Peguam Negara, pegawai undang-undang tertinggi pangkatnya di negara yang juga merupakan Pendakwa Raya, didakwa melakukan tindakan yang menyongsangkan undang-undang dan Perlembagaan yang beliau dipertanggungjawabkan untuk mempertahankannya, sehingga menjejaskan dan menyongsangkan proses keadilan, tetapi tidak berani mengambil sebarang langkah untuk menafikan dakwaan-dakwaan serius seorang pegawai polis kanan, misalnya menerusi satu Suruhanjaya Siasatan Diraja!

Hanya atas perkara ini sahaja, satu usul mengutuk menerusi potong gaji RM10 adalah diperlukan.

*Dipetik daripada ucapan Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur, Lim Kit Siang di Parlimen semasa membentangkan usul memotong RM10 dari gaji Peguam Negara Gani Patail pada Selasa, 8 November 2010.