KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 22, 2010

Benarkah sedemikian AMALAN PERUNDANGAN MALAYSIA

Memetik berita sebuah PORTAL PARTI POLITIK dalam negara:



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.


Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.


Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.


Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.


Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.


Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.


Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.


Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya.


Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.


# Melihat perkara ini , jika menteri sebeginilah yang memerintah rakyat, sememangnya rakyat ibarat GULAI MASAK LEMAK CILI API bagi mereka , dihirup sehingga tiada apa lagi yang tidak tinggal, tiada apa yang tidak berbekas kesan PENCABULAN mereka ....menteri berkenaan mesti di bawa ke muka pengadilan .

APA itu NKRA???


BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)-National Key Result Area

Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program
Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Seiring dengan itu, Kerajaan juga dalam proses untuk membentuk Model Ekonomi Baru dan juga penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10. GTP merupakan enjin transformasi yang bermula dengan proses pencarian idea terbaik dan melangkah dengan pantas untuk melaksanakanya. Ia juga merupakan satu pelan hala tuju yang fleksibel untuk mencapai sasaran melalui initiatif-initiatif yang telah dikenalpasti.

NKRA merupakan gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani keperluan rakyat.


Kewujudan NKRA bukan bererti bidang lain tidak akan mendapat perhatian. Bidang-bidang lain akan diliputi di peringkat Menteri (MKRA) melalui fungsi dan tanggungjawab Kementerian masing-masing.


Enam NKRA telah diputuskan oleh Kabinet iaitu:
1. Mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri)

2. Membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri)

3. Mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran malaysia)

4. Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

5. Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar(Kementerian Luar Bandar dan Wilayah)

6. Memperbaiki pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan).

Demi mencapai NKRA, kerajaan akan memberi keutamaan dari segi :

1.perhatian pemimpin,
2.pengagihan kewangan dan
3.mendapatkan khidmat pegawai yang berbakat.

Di samping itu,segala input dan maklumbalas dari peringkat akar umbi, sektor swasta dan lain-lain akandiperolehi dan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.


SEJAUH MANA KERAJAAN BENAR-BENAR KOMITED DENGAN SEMUA INI ?

APAKAH SEKADAR RETORIK MENIPU RAKYAT ?

KITA AKAN MENILAI SEMULA PERKARA-PERKARA INI .....



Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?

• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)

III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).


IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).



Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.

• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.

• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini (KONONNYA) ,3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit.


Apakah benar kerajaan komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI.??? Apakah benar ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya....????

KITA SAKSIKAN KEBENARAN HAKIKAT PERSOALAN INI SEDIKIT MASA LAGI.....!!!!