KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 7, 2010

Membentuk sikap Dan Dimensi Politik Baru Negara


"Pemimpin juga manusia biasa, tidak lepas dari keburukan nafsu dan bisikan iblis. Dengan sistem politik monopoli - rakyat akan semakin tertindas . Pemimpin membuat duit pula atas belakang rakyat"



Politik Monopoli Merugikan Rakyat


Sikap politik rakyat Malaysia memerlukan kepada perubahan untuk di sesuaikan dengan matlamat agar benar - benar mencapai piawai sebuah Negara Maju Politik monopoli amat merugikan rakyat Malaysia kerana rakyat akan dipaksa dan secara terpaksa menerima apa jua dasar, program, perangai pemimpin jahat - walaupun rakyat terpaksa menelan kepahitan dan kesusahan. Malahan rakyat turut diajar agar takut membuat pilihan yang benar.


Negara seperti Malaysia , walaupun sistem demokrasi diamalkan dimana rakyat diizin membuat pilihan , tetapi sikap rakyat yang tidak prihatin kepada peranan mereka , sikap pemerintah yang mengekang kebebasan bersuara dan menganggap parti-parti pembangkang sebagai musuh keadilan sistem pilihanraya yang dipertikaikan, maka demokrasi tidak sepenuhnya dapat berfungsi untuk membina masyarakat yang benar-benar progresif hasil dari peluang yang diberikan sistem tersebut .


Dalam masyarakat Islam , demokrasi bukanlah kiblat utama atau suatu akidah , tetapi hanyalah satu alat untuk melaksakan hak seseorang muslim dalam mencegah kemungkaran , sebagaimana hadis yang dirawayatkan al Khudri ra , Nabi saw bersabda:


"Sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran , maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya , sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu ( mengingkari dengan hati ) adalah selemah-lemah iman" .(riwayat Muslim)


Dalam negara yang menjalankan sistem demokrasi pilihanraya , para ulama berijtihad menyertai pilihanraya merupakan wasilah (jalan dan alat) untuk melaksanakan perintah mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan .

Justeru itu , kemungkaran yang dilakukan pihak kerajaan yang memerintah hendaklah dicegah dengan tangan melalui undi pilihanraya yang dibenarkan sistem demokrasi dan hukum Islam , manakala cegahan dengan lisan , antaranya melalui ceramah-ceramah yang diadakan .


Para ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mengharamkan mengangkat senjata terhadap pemertintah Islam yang masih mengamalkan solat. Apabila hak mencegah kemungkaran tiada ditunaikan , maka berdosa kerana redha pada kemungkaran yang terus berlaku dan membawa kemudharatan kepada Agama, Negara dan Rakyat

Oleh itu setiap individu Muslim wajib menunaikan haknya dalam mencegah kemungkaran dan menaikkan yang ma'aruf iaitu golongan yang lebih baik dalam melaksanakan amanah pemerintahan .

bersambung ....

ARKIB GESSA

Tulisan oleh:
al faqir ilallah Ibramin Mohamad Asy Syathari .
Madrasah Pulau Manis .

No comments:

Post a Comment