KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 8, 2010

RAKYAT ADALAH " RAJA"


Kita (RAKYAT) adalah tuan kepada negara ini , orang politik hanyalah sebagai pemegang amanah rakyat dalam menguruskan negara ini. Jika mereka dilihat tidak mampu mentadbir dengan apa yang di inginkan rakyat , maka kita sebagi tuan boleh menukar mereka dengan pentadbir yang lain . Hakikat inI rakyat perlu sedar.

Kita tidak boleh taksub dengan mana-mana pentadbir, kerana ketaksuban kita hanya kepada Al Quran dan Sunnah . Mana-mana pemimpin dan parti yang dilihat mampu mengamalkan dasar-dasar Al Quran , maka merekalah yang wajib kita angkat sebagai pemimpin untuk menguruskan negara ini .

Pada hemat penulis , penggabungan Pakatan Rakyat yakni PAS , PKR dan DAP menepati prinsip ISLAM iaitu menegakkan keadilan, amanah , kasih sayang sesama kaum dan menentang penyelewengan pengurusan harta rakyat. Kesan dari dasar ini dapat kita lihat sedikit sebanyak kini.

GESSA melihat Pas, PKR, DAP bersetuju berpegang pada prinsip yang sama dan itulah yang selari dengan hukum ALLAH yang wajib diutamakan dari keutamaan yang lain. Ia menepati Fiqh Awlawiyat iaitu mengutamakan perlaksanaan hukum Allah yang menepati kehendak dan keperluan semasa dengan tetap akan melakasanakan hukum-hukum yang lain apabila tiba masa yang sesuai.

Penggabungan PAS-UMNO tidak boleh dijalankan pada waktu ini kerana semua prinsip tersebut dilanggar UMNO . Dasar UMNO meletakkan kebendaan dan kaum mengatasi agama; sedangkan dasar PAS meletakkan agama di tempat tertinggi. Jika bergabung dengan PAS , UMNO akan dapat memanjangkan talian hayat mereka untuk terus menyambung kerja-kerja buruk mereka. Mengharapkan mereka insaf dengan idea penyatuan tersebut adalah amat sukar kerana perangai buruk sudah menjadi tabiat mereka sehingga jika orang UMNO tidak menyelewengkan harta rakyat ia dianggap amat ganjil. Ia adalah fakta yang tidak perlu lagi dibuktikan.

ARKIB GESSA

Risalah ini untuk membina kesedaran KUASA RAKYAT sebagai "RAJA" dalam menentukan hala tuju pentadbiran NEGARA

Risalah ini adalah sebahagian tulisan Mantan Pengerusi Kesatuan Madrasah Islamiah Malaysia (ITMAM)

No comments:

Post a Comment