USAH TERPERANGKAP DENGAN SANDIWARA PARTI POLITIK
Setiap individu samada pemimpin, ahli-ahli, penyokong-penyokong PAS, Parti-parti Politik, NGO-NGO Melayu, mereka yang cintakan kebaikan dan inginkan perubahan, di ingatkan agar tidak terperangkap dengan lagu-lagu lama yang di mainkan kembali oleh UMNO seperti isu akan hilang kuasa Melayu dan sebagainya apabila pakatan rakyat memerintah Negara ini.
Sebuah NGO yang telah di tubuhkan beberapa bulan lalu( Sebenarnya belum sampai sebulan), Gerak Massa(GESA) ketika mengingatkan perkara itu sebaliknya menyifatkan UMNO di lihat tidak ubah seperti karektor penjahat dalam filem-filem bollywood. Di hadapan masyarakat, para penjahat itu bagaikan dewa dengan menolong orang miskin, menderma, mendirikan kuil-kuil dan sebagainya, namun di belakang orang ramai, mereka adalah penyamun merampas harta dengan penipuan, membunuh, merogol, mendera, melakukan kacau bilau dan sebagainya.
Kejahatan mereka hanya dapat dikesan oleh beberapa orang hero sahaja, namun tidak ramai yang akan percaya kepada hero-hero itu apabila mereka memberitahu hakikat itu kepada orang ramai.
Dalam konteks UMNO sebagai contoh, merekalah hero dalam melaungkan 1Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Negara ini, namun dalam masa yang sama mereka juga yang membangkitkan isu-isu perkauman yang sensitif, menanam kebencian anatara kaum, menakut-nakutkan orang melayu jika pakatan rakyat memerintah dan sebagainya.
Setiausaha GESA pusat, Mohd Hanif Haji Ibrahim dalam satu wawancara khas dengannya baru-baru ini menegaskan bahkan bukan lagi menjadi rahsia umum bahawa kursus Biro Tatanegara(BTN) adalah medan mereka menjayakan agenda tersebut, sehingga menjadi perbahasan hangat di Parlimen tidak lama dahulu.
Kekacauan yang berlaku di dalam Negara sehingga membawa kepada pelbagai permasalahan sepeerti keruntuhan agama, kerosakan akhlak generasi muda, kelemahan orang melayu, perpecahan masyarakat, sifat benci, dendam antara kaum, kegagalan Dasar Ekonomi Baru(DEB), hilangnya rezab tanah melayu, dasar pendidikan yang celaru, kehancuran sistem kehakiman, budaya rasuah, agama menjadi sampingan dan lainya adalah berpunca dari dasar UMNO sebagai peneraju Barisan Nasional(BN).
“Siapakah yang menggagalkan DEB? Tidak lain adalah UMNO yang menyerahkan projek-projek yang diperolehi dari kerajaan kepada tauke-tauke cina (projek ali baba). Siapakah yang mengkayakan Tan sri Vincent Tan, Tan Sri Ananda Krishnan(sekadar menyebut beberapa nama) dan yang lain kalau bukan UMNO?
“Siapakah yang menghilangkan tulisan jawi di sekolah-sekolah, menjual tanah rezab orang melayu, menjadikan mahkamah bahan ketawa masyarakat dunia, mengikat lidah para mahasisiwa, mengikat lidah para ahli agama dan mufti-mufti kalau tidak UMNO?
“Penyakit rasuah bukan sahaja menjadi budaya dalam struktur organisasi kerajaan, tetapi turut berjangkit ke peringkat pemilihan pemimpin hatta di peringkat cawangan sekalipun. Jika parti sendiri telah bergelumang dengan rasuah, perpecahan dan kerosakan akhlak, bagaimana parti itu mampu untuk mentadbir dan mengendalikan pemerintahan yang bersih dari rasuah, perpecahan masyarakat dan membina akhlak Negara?”.
Startergi politik UMNO untuk kuatkan kedudukannya
Kini, kita dihangatkan pula dengan isu penyatuan UMNO dan PAS. Sebenarnya pada dasarnya, GESA yang beribu pejabat di Lembah Klang, bermottokan “Membina Kesedaran Kuasa Rakyat” dan ditubuhkan atas tujuan untuk menggerakkan (menyemarakkan) kuasa kesedaran rakyat dalam menentukan kuasa politik demi kebaikan agama, rakyat, dan Negara, amat bersetuju dengan apa jua penyatuan.
Namun pada masa ini, GESA tidak bersetuju dengan penyatuan UMNO dan PAS. Pada pandangan GESA, ia hanyalah stratergi politik UMNO untuk menguatkan kedudukannya bagi mengekalkan kuasa dan mengumpulkan kekayaan. Dicipta pelbagai slogan provokasi untuk membangkitkan rasa gerun di kalangan orang melayu kononnya orang melayu akan kehilangan kuasa, mereka akan menjadi hamba di tanah air sendiri, masa depan rakyat terancam dan kemuncaknya mereka akan kehilangan kuasa majoriti di Negara sendiri.
“Dengan alasan-alasan itu, UMNO melaungkan slogan demi survival bangsa dan agama Islam, maka orang melayu wajib bersatu…bersatu untukmenyokong UMNO!.
“Ini adalah teknik reverse psychology’ atau psikologi songsang’ UMNO apabila menyedari kedudukan mereka kian kritikal dan terancam. Teknik ‘psikolgi songsang’(SS) ialah sebutan bagi kata-kata atau tindakan yang dilakukan dengan sengaja yang bertujuan mendapatkan tindak balas atau reaksi yang bertentangan.
“Bagi kaum cina, ia bukan perkara baru kerana kaedah ini merupakan stratergi yang 32 dari 36 startergi peperangan yang di amalkan oleh orang-orang cina sejak tahun 219 sebelum Masihi(SM) lagi.- (rujukan: Wikipedia).
“Maka UMNO menggunakan taktik ini dengan mencipta pelbagai slogan provokasi untuk menimbulan rasa gerun dikalangan orang melayu, mengapi-apikan semangat perkauman dan bertujuan memecahkan kesatuan di dalam pakatan rakyat(PR).” Tegas Mohd Hanif
.
Membina dan meruntuh
Tidak dinafikan UMNO banyak meluluskan bajet kewangan dalam menguatkan syiar agama dan dakwah seperti JAKIM, Pejabat Agama, Perkim, Tabung Haji dan lainnya, namun dalam masa yang sama, UMNO juga yang meluluskan program-program yang merosakkan agama.
Menurut Mohd Hanif, bagaimana rakyat akan menjadi baik jika baja dan racun di letakkan bersama? Ibarat pohon yang di letakkan baja tetapi dalam masa yang sama serangga yang merosakkan pohon juga diletakkan sama. Ini satu kerja bodoh namanya.
“Pemerintahan UMNO di canang menjadikan perjuangan agama, bangsa dan Negara sebagai dasar utamannya, tapi selepas lebih 50 tahun, apakah yang kita terima daripada perjuangan mereka? Adakah agama semakin kuat ? adakah orang melayu semakin kuat kini?
“Realitinya jelas di hadapan mata kita. Semakin lama di biarkan UMNO memerintah, agama adan bangsa melayu semakin lemah. Slogan perjuangan hanya tinggal laungan sahaja kerana hakikat yang sebenar mereka tiada kemampuan lagi untuk menguatkan agama dan orang melayu. Perjuangan mereka hanyalah untuk kekuasaan dan kekayaan mereka sahaja.” Katanya.
Hal ini di sedari kebanyakan pemimpin UMNO yang jujur dan ikhlas. Tun Mahathir sendiri menyatakan bahawa penyakit dalam UMNO tidak boleh lagi di ubati kerana busuknya sudah sampai ke perut.
Memang ada program pembangunan untuk kebaikan rakyat yang dirancang atau di jalankan oleh kalangan pemimpin UMNO yang jujur dan ikhlas, namun kerana penyelewengan yang lebih hebat di lakukan oleh majoriti pemimpin UMNO lain, menyebabkan banyak program tersebut yang tidak mencapai matlamatnya.
“kita perlu mempunyai keberanian untuk menunaikan hak rakyat sebagaimana yang di tuntut oleh Islam. Ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat selagi mereka berada dalam ketaatan pada Allah dan Rasul dengan mengamalkan sifat amanah, adil, mengajak berkasih sayang semua kaum, kebebasan, cekap dalam pengurusan dan melaksanakan ajaran Allah.
“Jika mereka melanggar dasar tersebut, maka kita sebagai rakyat wajib menukar mereka dengan golongan lain yang lebih baik untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut”.tegasnya.
Kuasa rakyat
Berhubung dengan amanah kepimpinan, Mohd Hanif menegaskan, “kita rakyat adalah Tuan kepada Negara ini, manakala orang politik hanyalah sebagai pemegang amanah rakyat dalam menguruskan Negara kita. Jika mereka di lihat tidak mampu mentadbir dengan pa yang kita inginkan, maka kita sebagai Tuan boleh menukar mereka dengan pentadbir yang lain.
“Kita tidak boleh taksub dengan mana-mana pentadbir. Kita masyarakat Islam hanya boleh taksub kepada Al-Quran dan As Sunnah. Mana-mana pemimpin atau parti yang di lihat tidak mampu mengamalkan dasar-dasar Al Quran, maka merekalah yang wajib kita angkat sebagai pemimpin untuk meguruskan Negara ini.
“Pada hemat saya, penggabungan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP menepati prinsip Islam untuk menegakkan keadilan, amanah, kasih sayang sesama kaum dan menentang penyelewengan pengurusan harta rakyat.
“PAS, PKR dan DAP bersetuju berpegang kepada prinsip-prinsip yang sama dan itulah prinsip yang selari dengan hukum Allah yang wajib di utamakan dari keutamaan yang lain. Ia menepati Fiqh Alawiyyat iaitu mengutamakan pelaksanaan hukum Allah yang menepati kehendak dan keperluan semasa dengan tetap akan melaksanakan hukum-hukum yang lain apabila tiba masa yang sesuai.
“Penggabungan PAS dan UMNO ketika ini tidak boleh di jalankan pada waktu ini kerana semua prinsip tersebut telah dilanggar oleh UMNO. Dasar UMNO meletakkan kebendaan dan kaum mengatasi agama, sedangkan dasar PAS meletakkan agama mengatasi kebendaan.
“Jika bergabung dengan PAS, UMNO akan dapat memanjangkan lagi talian hayat mereka untuk terus menyambung kerja-kerja buruk mereka. Mengharapkan mereka insaf dengan idea penyatuan tersebut adalah amat sukar kerana perangai buruk sudah menjadi tabiat mereka sehinggakan jika orang UMNO tidak menyeleweng harta rakyat, ia di anggap amat ganjil.” Katanya.
Pesanan Rasulullah
Dalam sebuah hadis
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda di depan sahabat yang bermaksud :
“Berikan pertolongan kepada saudaramu sama ada yang zalim atau dizalimi”.
Sahabat hairan lantas bertanya: “Kami faham jika kami memberikan pertolongan kepada saudara kami yang dizalimi tapi bagaimana pula memberikan pertolongan kepada saudara kami yang menzalimi?”
Baginda memberikan penjelasan dengan sabdanya: “Kalian halang dia daripada berbuat zalim, dengan itu kalian telah memberikan pertolongan kepadanya.” (Hadis Bukhari)
Sikap tolong-menolong amat digalakkan Islam. Pertolongan yang kita berikan kepada saudara kita akan membawa pulangan yang lebih kepada kita. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم maksudnya: “Allah SWT sentiasa menolong orang selagi orang itu sentiasa menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Bahkan memberikan pertolongan adalah sedekah yang paling baik. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda maksudnya: “Pertolongan kamu terhadap orang lemah adalah sedekah yang paling afdal.” (Hadis riwayat Ibnu Abi al-Dunia)
Permasalahan Agama dan Negara adalah dua perkara yang wajib diketahui dan diambil berat oleh setiap Muslim. Sikap tiada kesedaran dan prihatin terhadap perkara-perkara tersebut akan membawa kehancuran pada agama dan negara.
UMNO perlu direhatkan dari terus memimpin
Majoriti pemimpin UMNO kini dari pemimpin tertinggi sehingga peringkat cawangan adalah peniaga yang mencari untung bermodalkan harta rakyat. Mereka tiada keberanian untuk berniaga dengan wang sendiri, mereka menjadikan projek yang berselindung atas nama projek rakyat sebagai perniagaan yang boleh mencapai keuntungan jutaan ringgit. Jika projek tersebut berjaya, mereka memperolehi keuntungan, jika gagal, kerugian tersebut akan ditanggung oleh rakyat. Kekayaan negara akan berlegar hanya pada golongan mereka.Justeru untuk menjadi jutawan dengan harta rakyat ini, mereka berhempas pulas untuk mendapat jawatan kerana ianya akan membuka ruang untuk mencapai cita-cita tersebut.
“Bergabung saat mereka dalam kemabukan ini tiada akan memberi manfaat. Ibarat orang sedang mabuk, mereka tidak akan menerima apa jua nasihat ketika itu. Cara yang selamat ialah dengan menghentikan mereka minum dengan mengurung mereka di pusat-pusat pemulihan sehingga ketagihan mereka hilang, kemudian barulah boleh diberi nasihat.
“Jika kita kasih kepada saudara Melayu kita dalam Umno, marilah kita hentikan kerosakan yang dilakukan dengan menghentikan mereka dari terus memerintah Malaysia ini. Ia menepati hadis di atas di mana Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menyuruh kita membantu golongan yang zalim dengan kita menghentikan kezaliman mereka. Moga dengan mereka berehat atau kehilangan kuasa dan tiada peluang membina kekayaan, mereka menjadi golongan yang insaf dan membaiki diri.” Tegas Mohd Hanif.
Berani melakukan perubahan
Setiap rakyat di Negara ini mesti berani melakukan perubahan dengan membuang segala belenggu pemikiran yang sudah lama diikat dengan pelbagai fobia ciptaan UMNO dengan memberi kuasa pula pada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini ke arah yang lebih baik.
UMNO akan tetap menunjukkan wajah prihatin pada masyarakat dengan budaya subsidi dan duit ihsan. Ianya tidak lain melainkan mahu orang Melayu tetap berjalan dengan bertongkat pada UMNO. Orang Melayu tidak akan diajar berjalan sendiri tanpa tongkat kerana jika orang Melayu sudah pandai berjalan sendiri, mereka tidak akan memerlukan UMNO lagi.
Menurut Mohd Hanif, hanya dengan duit ihsan RM600 setahun, pemikiran dan jiwa orang Melayu terus diikat dengan tongkat sakti mereka sehingga mereka sanggup menjadi bangsa yang miskin, pasif dan tidak berdaya maju. Budaya ini menyebabkan kekayaan negara akan terus dimiliki sesiapa sahaja yang pandai merebut peluang sama ada orang Cina, Jepun, Indonesia, Kemboja atau lainnya kerana mereka tiada tongkat UMNO.
UMNO tetap akan melemahkan orang Melayu dengan tongkat, keangkuhan dan ketamakan yang mana dengan budaya ini jika dikekalkan, orang Melayu satu masa akan merempat di negara sendiri.
“Kepada para sahabat saya yang masih terkhilaf dengan permasalahan ilmu sehingga merasa kurang senang dengan PAS lalu mengambil sikap berdiam diri dan ada yang menentang cara terang-terangan, saya memberi nasihat agar kita perlu memiliki pertimbangan bijak demi kebaikan kepada Agama dan Negara.
“Kita tidak boleh menyelesaikan dua perkara yang besar dalam satu masa. Isu politiknya kita mesti menghentikan pemerintahan BN demi kebaikan rakyat dan generasi akan datang. Adapun isu khilaf ilmu kita selesaikan dengan cara muzakarah di kalangan ulama dengan tidak melibatkan orang awam dan pendirian politik.
“Ibarat melihat masjid yang terbakar, terdapat di sana golongan yang kita tidak senang dengan ilmunya sedang berusaha memadamkan api… bagaimana sikap dan keutamaan kita pada ketika itu? Mendiamkan diri walaupun masjid terbakar kerana tidak setuju dengan golongan tersebut, sedangkan dalam golongan tersebut ada mereka yang sama pendirian ilmunya dengan kita atau bersama memadamkan api dahulu barulah kita mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan permasalahan?
“Saya meyakini bahawa ketuanan Melayu tidak akan terjejas apabila Pakatan Rakyat memerintah. Kaum Cina dan India mengetahui bahawa mereka tidak boleh memilki kekuasaan politik tanpa orang Melayu. Perlembagaan juga menghalang mereka untuk menjadi kuasa yang tertinggi di Malaysia kerana ia perlu kepada persetujuan Yang Dipertuan Agung. Apa yang mereka mahu hanyalah pemerintahan Melayu yang berlaku adil kepada mereka.
“Seorang pensyarah universiti menegaskan yang Melayu tetap akan menjadi majoriti berdasarkan kepada populasi kaum Melayu pada setiap tahun. Statistik ini menyakinkan beliau.
“Justeru kita wajib mewujudkan pemerintahan Melayu yang berteraskan Islam, bukannya kebangsaan. Ia akan memadamkan bara api perkauman sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam mentadbir Madinah.katanya.
Pas memimpin melayu
Mohd Hanif yakin kepimpinan PAS dan Melayu dalam PKR juga sudah mengambil kira segala hal demi memberi kebaikan pada semua rakyat tanpa merombak dasar-dasar kerajaan kini jika ia mempunyai kebaikan pada orang Melayu, negara dan Islam.
Tahalluf politik mereka adalah bersyarat dimana ianya terikat dengan perjanjian. Mana-mana parti yang melanggar perjanjian apabila memerintah, maka dengan sendirinya tahalluf itu akan terbatal. Antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti yang paling tersusun, keahlian yang ramai dan pengaruh yang besar pada orang Melayu.
PAS sudah mampu menggantikan UMNO dalam menerajui kepimpinan Melayu berteraskan Islam. Kepimpinan ulama dan pejuang Islam lebih memberi kebaikan yang besar kerana menyambung perlaksanaan Rasulullah SAW dalam siasah dan pentadbiran.
Justeru itu menurut Mohd Hanif, pemikiran ‘takut’ akibat ajaran UMNO perlu dibuang jika mahu menjadi rakyat yang bijak serta benar-benar menggunakan kuasa yang dibenarkan dalam sistem demokrasi demi kebaikan pada negara.
Kita sebagai rakyat diberi kuasa pemilihan lima tahun sekali untuk menilai keupayaan mana parti dalam mentadbir, bukannya kita memberi kuasa mutlak yang tiada boleh digantikan selama-lamanya. Jika UMNO wujud di Jepun, Korea atau negara-negara maju yang lain, UMNO sudah lama dikuburkan oleh rakyatnya dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan.
“Mereka yang suka dengan cara yang sama walaupun telah 50 tahun lamanya adalah mereka yang tiada memiliki jiwa besar dan berani melakukan perubahan ke arah yang baik.
“Kita tidak boleh menafikan di sana ada jasa dan kebaikan yang dilakukan UMNO. Kita perlulah menghargainya, namun dasar-dasarnyanya tiada boleh kita terima dan kerosakan partinya tiada lagi dapat diubati. Keuzurannya itu memerlukan mereka berehat untuk mereka membuat rawatan.
“Kita sebagai kuasa rakyat wajar memberi peluang kepada Parti Alaf Baru (Pakatan Rakyat) yang menepati dasarnya dengan perubahan dunia dan jiwa generasi baru hari ini. Isu peribadi dalam Pakatan Rakyat seperti isu Anwar dan lainnya bukan menjadi isu bagi kita kerana perjuangan kita sebagai rakyat bukan mahu menaikkan individu, tetapi mahu menaikkan ma’aruf dan menghapuskan kemungkaran demi menunaikan tuntutan dan kewajiban agama.
Harapan
Apa yang diharapkan, Pakatan Rakyat akan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan mengeratkan hubungan antara rakyat apabila mencapai kemenangan, bukan menjadikannya sebagai kesempatan untuk membalas dendam, mengumpul harta, tidak berlaku adil sebagaimana perangai UMNO dan BN.
“Marilah kita sama-sama membina kuasa rakyat yang kuat agar dapat mengajar orang politik berpolitik demi kebaikan semua. Masyarakat Islam generasi sahabat sentiasa prihatin apa yang dilakukan oleh pemimpin, mereka akan terus menegur dan membantah jika dilihat ada perkara yang meragukan.
“Pernah para sahabat mempertikaikan bagaimana Saidina Umar r.a boleh membuat jubah sedangkan kain yang dibahagikan tidak boleh membuat jubah. Maka Saidina Umar r.a memberitahu bahawa anaknya Abdullah r.a telah memberi bahagian kainnya untuknya sehingga boleh membuat jubah. Inilah masyarakat yang dikehendaki oleh Islam, mereka berpegang pada prinsip amal ma’aruf dan nahi mungkar dalam kehidupan demi menjaga kebaikan agama, negara, pemimpin dan rakyat.
“Inilah pandangan saya dan diharap para sahabat dapat menilai dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka, walaupun mungkin ada percanggahan pendapat. Hanya Allah yang kita maksudkan dan keredhaanNya yang kita cari.tegas Mohd Hanif.
No comments:
Post a Comment