Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Pelajaran Malaysia bahawa mata pelajaran sejarah akan menjadi subjek teras di peringkat sekolah rendah. Selain itu, subjek sejarah juga akan menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia.
Perkara ini merupakan satu transformasi pendidikan yang futuristik dan anjakan pemikiran baru di kalangan pendidik dan pelajar sendiri. Matapelajaran sejarah amat penting dalam meneruskan kesinambungan semangat patriotik, menerbitkan perasaan cinta kepada bangsa dan tanah air, mengenang pejuang lama, mengetahui latar belakang Negara dan yang paling penting mengelak masyarakat mengulangi kesilapan manusia pada sejarah lampau.
Setiap apa yang berlaku akan menjadi sejarah. Apa yang terbina adalah hasil rentetan sejarah dahulu kala. Dengan pengetahuan sejarah, generasi pelajar yang di lahirkan nanti lebih berpengetahuan luas. Seterusnya budaya masyarakat matang dan berwibawa akan menjadi intipati Negara ini.
Sejajar dengan itu, pengumuman tersebut amat di sokong namun, beberapa perkara harus di ambil kira. Ia merangkumi:
Ketidakjujuran dalam penulisan sejarah
Dengan pengumuman ini, pelajar-pelajar akan lebih bersungguh dalam mempelajari sejarah. Jika sebelum ini, sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, sejarah yang di ajarkan mesti bebas dari unsur tokok tambah, pemalsuan dan melampau dalam cerita lisan demi mendokong satu pihak. Ketidakadilan maklumat wajar di hentikan. Sistem pemerintahan ala-ala dictator atau monopoli cenderung memutar belit fakta sejarah dengan harapan, mereka di lihat hero dan di landasan perjuangan yang benar. Sebagaimana yahudi memutar belit sejarah dengan dakwaan tanah Palestin milik mereka. Fakta tersebut di terkam jauh ke dalam setiap minda anak bangsa yahudi. Maka mereka menganggap tindakan pemerintah yahudi adalah benar. Adakah buku teks sejarah Malaysia bebas dari ancaman tersebut?
Menyembunyikan fakta sebenar
‘Sorok’ fakta. Sorok merupakan loghat Terengganu yang membawa makna sembunyikan. Penulis suka untuk meminjam istilah tersebut dalam pena kali ini. Sesungguhnya sorok fakta lazimnya berlaku dalam Negara yang di kuasai pemimpian kuku besi atau ala-ala kuku besi. Hal demikian kerana:
Mereka menyembunyikan fakta pejuang lain supaya rakyat tahu hanya mereka pejuang. Maka mereka akan di agung-agung kan. Pemimpin aliran di sana di gemar gemburkan. Sementara pemimpin aliran sini hanya di muka surat belakang. Itu pun jika di selitkan. Fakta kes kezaliman di tutup, hanya yang ada berita kebaikan. Banyak isu kes salah laku pemimpin atau kerajaan sendiri di sembunyikan. Lalu senyap di telan zaman. Hasilnya rakyat tertipu. Tidak hairan jika rakyar sering berkata “ jika tiada........siapa lagi mampu memerintah”.
Adakah buku teks Malaysia bebas dari hal tersebut?
Sejarah sebagai medan dakwah
Di peringkat sekolah menengah, antara kandungan sejarah yang dipelajari ialah sejarah tamadun dunia termasuk sejarah tamadun Islam. Pelajar akan mempelajari sejarah Nabi Muhammad SAW, cerita penghijrahan sehingga terbentuknya kerajaan Islam pertama di Madinah al Munawarah. Pelajar juga akan di dedahkan sejarah khulafa Ar Rasyidin, kerajaan Umaiyah, Abbasiyyah, Fatimiah dan Utmaniah. Sejarah kedatangan Islam di Asia Tenggara dan kisah pemelukan Islam raja-raja juga antara intipati kandungan teks sejarah peringkat menengah.
Apabila subjek ini di syaratkan wajib lulus, bermakna pelajar akan belajar bersungguh-sungguh sejarah. Ia juga membawa maksud, pelajar akan bersungguh belajar sejarah Nabi Muhammad SAW, Islam dan seperti mana tulisan penulis sebelum ini. Secara tidak langsung, pelajar beragama Islam akan bertambah kenal sejarah perjuangan Baginda SAW dan pelajar bukan islam, bermula episod tanda tanya tentang Islam dan Nabi SAW. Melihat sejarah tamdun Islam yang hebat daulu, mustahil mereka tidak tertarik. Semua ini bergantung kepada guru yang mengajar. Jangan hanya mahu anak murid cemerlang dalam peperiksaan tetapi unsur dakwah yang penting. Guru-guru sejarah wajib menjalani kursus khas bagaimana method penyampaian subjek ini secara berkesan. Baru lah, pelajar yang lahir bukan sekadar cinta pada Negara, bangsa tetapi juga pada agama mereka. Bagi yang bukan islam, terus tertarik pada Islam. Adakah kita tidak mahu mereka menikmati nikmat iman dan islam?
Adakah guru-guru sejarah malasyia sedar hal ini?
Kesimpulannya, pengumuman ini wajar di sokong. Beberapa perkara tadi harus di pandang serius oleh pihak tertentu. Besar harapan, melihat generasi baru nanti cintakan agama, bangsa dan Negara.
“Dengan sejarah kita kenal bangsa dan Negara, bukan kah dengan sejarah juga kita cinta terhadap agama’?
Muhammad Asrar Al Syathariy
Pusat penyelidikan Zawiyah Syeikh Abdul Malik
#Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis.Tidak mewakili pandangan rasmi Gerak Massa(GESA)