KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

VISI DAN MISI

MOTTO

'Dari Rakyat Kepada Rakyat, Berubah dan Merubah'

VISI

Membina Kesedaran Kuasa Rakyat sebagai Penentu Kuasa Politik dan Halatuju Pentadbiran Negara demi kebaikan Agama, Rakyat dan Negara.

MISI
  1. Mendukung Kewujudan sistem gagasan dua parti di Malaysia yang bertunjangkan kepimpinan Melayu Islam. 
  2. Mendidik rakyat agar celik politik dengan memiliki maklumat yang tepat dalam menilai serta memilih parti dan kepimpinan untuk menerajui kepimpinan Negara.
  3. Membina kesedaran rakyat tetang kepentingan pemilihan pimpinan yang benar,jujur, dan bertangungjawab demi kepentingan Agama dan Negara.
  4. Membudayakan sikap hormat-menghormati perbezaaan pendapat dalam politik dengan menjauhi sikap politik sempit yang menimbulkan permusuhan, kebencian dan ketaksuban.
  5. Membina perpaduan dan menyuburkan kasih sayang antara rakyat dengan memperjuangkan hak setiap rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira perbezaan parti, kaum dan agama.
  6. Memupuk kerjasama dan kebersamaan di kalangan parti politik dalam melaksanakan agenda untuk Agama, Rakyat dan Negara.