KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 2, 2011

KENYATAAN AKHBAR OLEH NGO ISLAM -PEMBELA


BEBERAPA GAMBAR SEMASA KENYATAAN AKHBAR YANG DIADAKAN DI PINTU MASUK IPD DANG WANGI



Kenyataan ini dibuat memandangkan sikap kumpulan-kumpulan Kristian akhir-akhir ini yang terlalu provokatif dan melampau-lampau dalam menangani isu Bible Bahasa Melayu. Sikap dan cara ini yang tercermin dalam tindakan membuat laporan polis secara berkumpulan serta pelbagai kenyataan-kenyataan kasar yang amat menghiris hati umat Islam di negara ini. Keadaan ini jika dibiarkan akan membawa kepada salah satu daripada dua kemungkinan yang buruk; sama ada, pertamanya, tekanan dan provokasi berterusan ini akan menyebabkan para pemimpin politik negara akan merasa lemah dan mengalah lalu memberi apa sahaja yang diminta oleh kumpulan ekstrimis ini tanpa mengira kedudukan dan kedaulatan Islam di dalam perlembagaan, sejarah dan budaya negara atau yang kedua, provokasi dan pelanggaran berterusan terhadap perasaan dan sensitiviti umat Islam ini akan mencetuskan ketegangan dan mengundang reaksi daripada kelompok Islam yang mungkin sukar dikawal dan dibendung oleh sesiapa.


Atas kesedaran ini, kami pimpinan-pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam utama dan arus perdana negara ini telah bersatu di bawah Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang berperanan sebagai platform penting dalam menyelaraskan suara umat Islam demi mengelakkan senario-senario buruk seperti yang dihimbau di atas.


PEMBELA menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah umat berdaulat. Islam di Malaysia bukannya anak yatim piatu ataupun anak tiri yang tiada penjaga dan pelindung. Di samping perlindungan hakiki daripada Allah Rabbul Jalil, Islam di Malaysia sejak sekian lama dan sebelum Merdeka lagi telah menempati kedudukan yang istimewa dan dilindungi oleh perlembagaan, undang-undang, Raja-Raja Melayu, para pemerintah dan umatnya. Ini menjadi salah satu faktor asasi disebalik kestabilan dan kemakmuran negara walaupun berhadapan dengan komposisi kaum dan agama yang begitu rencam dan pelbagai. Walaupun masih terdapat sedikit-sebanyak kelemahan dan kegelinciran, umat Islam di Malaysia masih setia mempertahankan persefahaman ini demi keamanan, kemakmuran dan keadilan untuk semua. Tetapi harus diingat, jika formula ini hendak diganggu-gugat oleh sesiapa atau mahu digadaikan untuk kepentingan sementara mana-mana kumpulan, PEMBELA dan umat Islam tidak akan hanya berdiam diri dan akan berjuang untuk mempertahankan apa yang hak.


Khusus berkenaan dengan isu terkini iaitu sejumlah Bible berbahasa Melayu yang hendak dibawa masuk ke negara kita, PEMBELA menegaskan pandangan dan pendirian berikut :-


1. Kepada Pihak Kumpulan-kumpulan Kristian.


Kami ingin mempersoalkan sampai ketahap manakah mereka hendak memprovokasi dan memanipulasi isu ini? Adakah mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka ini amat menghiris perasaan umat Islam?


PEMBELA menuntut agar kumpulan-kumpulan Kristian terbabit kembali menghormati persefahaman yang ada di kalangan penganut-penganut agama yang berdasarkan Perlembagaan negara, peruntukan undang-undang dan pelbagai keputusan-keputusan rasmi. Ini termasuklah Artikel 3(1), 11(4) dan enakmen-enakmennya, Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu kalimah Allah, larangan Mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah selagi rayuan belum diputuskan, dan Keputusan Kabinet 1986 tentang import masuk Bible berbahasa Melayu.


PEMBELA berpendapat bahawa kumpulan 35,000 Bible tersebut tidak patut dibenarkan untuk edaran kerana bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di atas. Keputusan awal kerajaan sudah merupakan suatu kompromi yang sebenarnya sudah melampaui peruntukan-peruntukan ini. Oleh itu sikap keras dan degil pihak Kristian terhadap keputusan awal kerajaan ini adalah sangat-sangat mendukacitakan. Apatah lagi jika diambil-kira kitab Al-Quran sendiri dikawal cetakan dan sebarannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ini adalah prosedur biasa dan menuduhnya sebagai suatu kesalahan besar yang mencemar kesucian Bible adalah suatu tuduhan yang liar dan tidak bertanggungjawab.


PEMBELA juga menyeru agar kumpulan-kumpulan Kristian menghentikan pendekatan konfrontasi dan sebaliknya menggunakan saluran perbincangan yang ada seperti Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang ditubuhkan oleh kerajaan dan turut disertai oleh kami. Kami menegaskan, jikalau mereka berterusan hendak mengambil pendekatan konfrontasi dan garis keras, kami mungkin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada jawatankuasa tersebut.


PEMBELA juga menuntut suatu permohonan maaf kepada umat Islam di atas pelbagai kenyataan dan tindakan yang sebahagiannya telah menggores hati umat Islam sepanjang isu ini.


2. Kepada Para Pemimpin Politik.


PEMBELA menegaskan kepada semua pemimpin politik tanpa mengira parti agar jangan sekali-kali menggadaikan kedaulatan Islam kerana tekanan sokongan politik. Kalaupun tunduk kepada tekanan politik boleh membawa hasil sementara, tetapi dalam jangka panjang ia akan meruntuhkan paksi pembinaan negara-bangsa dan turut merugikan semua pihak.


Kami juga sangat tidak selesa dengan pendekatan membiarkan para pemimpin bukan Islam yang ke hadapan menjadi jurucakap bagi pihak Kerajaan mahupun Pembangkang dalam isu ini. Oleh kerana ianya melibatkan isu Islam, sepatutnya pemimpin beragama Islam lebih terkehadapan dalam menangani isu ini. Pemimpin bukan Islam nampaknya sering berlebih-lebihan dan kurang berhati-hati dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat. Sebagai contohnya kami merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat oleh DatoĆ¢€™ Seri Idris Jala di pihak kerajaan dan terbarunya oleh YB Tony Phua, Ketua Publisiti DAP.


PEMBELA juga menegaskan pengundi majoriti di negara ini adalah umat Islam. Berdasarkan senario mutakhir ini, kami memutuskan untuk menggerakkan kempen kesedaran di kalangan pengundi Islam di negara untuk menolak mana-mana pemimpin yang terlalu berkompromi dengan prinsip kedaulatan Islam di Malaysia. Untuk tujuan itu, kami akan memantau serius setiap kenyataan dan tindakan setiap tokoh politik dalam isu-isu seumpama ini.


Akhirnya, PEMBELA akan mengemukakan satu memorandum khas berkenaan isu ini kepada pihak Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu. Kami amat berharap Duli-duli Tuanku sebagai Ketua Agama Islam di negara ini akan bertindak untuk mengawalnya dari sampai ke tahap yang lebih buruk dan tidak terkawal. PEMBELA juga menyeru kepada semua warganegara Malaysia yang patriotik dan cintakan negara ini agar kembali insaf tentang persepakatan tentang kedudukan Islam di negara ini dan menghentikan segala bentuk provokasi dan manipulasi isu-isu agama di negara kita ini.


Gabungan Pertubuhan-pertubuhan di bawah PEMBELA:


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Gerak Massa Malaysia (GESSA)
Ikatan Badan Amal Islami Wilayah Persekutuan (IKATAN)
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Institut Pengajian Tradisional Islam (IPTI)
Interactive Muslimah Association (IMAN)
Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI)
Kesatuan Pondok Islamiyah Malaysia (ITMAM)
Persatuan al-Hunafa (Al-Hunafa)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
Persatuan Al-Hidayah (Al-Hidayah)
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID MALAYSIA)
Research and Information Centre on Islam (RICOI)
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Yayasan Kubra
Yayasan Sofa

RUJUK: LAPORAN POLIS OLEH PEMBELA

Friday, February 25, 2011

Tanda Kehancuran GADAFI...mengikut jejak H.M

Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

NONEMenurut AFP, Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, huru-hara timbul akibat kemarahan orang ramai terhadap regim Gaddafi itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu.

Selasa lalu, kerajaan Libya buat pertama kali mendedahkan bahawa 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu. Namun Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang yang telah terkorban.

“Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.

NONE“Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.

Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak secara rambang rakyat yang memprotes. Katanya lagi, tidak sepatutnya tentera udara juga diarahkan melepaskan tembakan dari pesawat.

Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein.

- AFP

GerakMassa: bagaimana seorang pemimpin membunuh rakyatnya sendiri ...? Pemimpin jenis apakah ini ? Jika secara zahir ini sehingga 1000 rakyat sanggup dibunuh untuk kepentingan kuasanya.. bayangkan kejahatan yang sudah di buat terhadap rakyatnya sendiri .di sebalik tabir pemerintahannya selama ini . Moga ALLAH membantu rakyat LIBYA menumbangkan dengan aib pemimpin JAHAT ini .

Wednesday, February 9, 2011

Punca Kejatuhan REGIM MUBARAK


Kesilapan terbesar Mubarak yg kini akan menyaksikan kejatuhan regimnya

FEBRUARY 2, 2011
by rozainimohdrosli

Mubarak’s 9 biggest mistakes


As hundreds of thousands of angry protesters mobbed downtown Cairo to denounce his 30-year rule, Egyptian President Hosni Mubarak delivered an utterly unapologetic speech Tuesday evening, vowing to safeguard his country’s stability and security while announcing that he would not seek a 6th term.

Defending his record and saying he would “die on Egyptian soil,” Mubarak indicated that he he had no intention of following the example of former Tunisian president Zine el-Abidine Ben Ali and fleeing ignominiously into exile.

Almost immediately, the demonstrators in Tahrir Square renewed their calls for his ouster, rejecting his bid to remain in office for another few months. It seems that Mubarak has made yet another mistake, one that may ultimately lead him to share Ben Ali’s fate. So what were his biggest blunders?

1. Failing to spread the wealth.

Egypt’s economy as a whole has grown by a respectable amount, but most Egyptians don’t feel they’ve gotten their fair share. Instead, they see wealthy businessman with ties to the ruling National Democratic Party stealing the country’s riches.

2. Allowing corruption to pervade Egyptian life.

If there’s one thing Egyptians complain about, it’s the grand and petty corruption that makes it nearly impossible for anyone in the country to make an honest living. Getting anything done requires a bribe (the infamousbaksheesh) and/or connections (wasta), and high-level embezzlement is rampant.

3. The vision thing.

Say what you want about Gamal Abdel Nasser and Anwar Sadat, but Mubarak’s two predecessors knew where they wanted to take the country and had a plan for getting there. Nasser wanted to create a pan-Arab union under the banner of socialism and non-alignment, while Sadat sought to regain Egypt’s martial pride before making peace with Israel and joining the West. As for Mubarak, what does he offer Egyptians? Crumbling infrastructure, decaying socio-economic conditions, and utter fealty to the United States.

4. Half-hearted reforms.

Egyptians have grown rightly cynical at their-government’s on-again off-again reform efforts, characterized by unpersuasive propaganda or Orwellian doublespeak. When they hear the word “reform,” Egyptians look for the catch, such as the constitutional amendment that more or less bars independent candidates from contesting the presidency.

5. Grooming Gamal.

If there’s one thing nearly all Egyptians agree on, it’s that they don’t want to be ruled by Mubarak’s British-educated son. Over the last decade, Gamal played an increasingly visible role in setting domestic policy, tying his fortunes to unpopular liberal economic reforms and wealthy businessmen who are seen as corrupt and out of touch with ordinary Egyptians. Some of the most popular chants at demonstrations in recent years were variants of “No to inheritence!”

6. Underestimating the activists.

Clearly, the Interior Ministry and the police were not prepared for the surge of protesters that first hit the streets on January 25. Accustomed to small demonstrations organized by Egypt’s utterly inept, fractious opposition parties, the security forces clearly expected more of the same. But the organizers behind the current uprising are networked, tech-savvy young people who obviously know how to connect with their audience and get the word out. They’re not from the political parties. The police were clearly rocked back on their heels, exhausted, and outmaneuvered last Friday — and that’s when the army had to step in.

7. Cheating too much.

In most of the parliamentary contests during his 30 year reign, Mubarak has allowed a token number of seats to go to opposition parties. But in the 2010 elections, the NDP’s rigging got out of control, leaving only a handful of seats for the coopted Wafd Party. The Muslim Brotherhood was shut out, leaving it with no stake in the government and the patronage opportunities that go along with representation in parliament.

8. Sending in the thugs.

After the police forces mysteriously dissolved Friday, reports came streaming in of looters attacking people in the streets, breaking into shops and homes, and otherwise intimidating ordinary Egyptians. Many of these thugs were found to be carrying police or state security IDs. If Mubarak’s hope was to drive the middle class back into the loving arms of the state, it seems he badly miscalculated — the protests have only gotten bigger since then.

9. Bringing in his cronies.

Despite his Friday speech vowing to enact various unspecified political and constitutional reforms, Mubarak named his spy chief Omar Suleiman his vice president, dumped his cabinet, and named a retired Air Force general as his prime minister. Opposition leaders and analysts rightly interpreted this as a sign of business as usual.

This is hardly an exhaustive list, and I imagine Mubarak will make a few more major mistakes in the days ahead. What do you all think he got wrong?



Pada pandangan anda banyak atau tidak perkara diatas berlaku di MALAYSIA-- kalangan PEMIMPIN-PEMIMPIN yang ada?

Jika JAWAPAN NYA adalah YA? OWH..sukar sekali mencari jawapan yang tepat....


TETAPI PERUBAHAN DI MALAYSIA BERLAKU DALAM TANGAN RAKYAT...KERANA KUASA SEBENAR ADALAH DARI RAKYAT..PEMIMPIN ADALAH HANYA PEMIKUL AMANAH DARI RAKYAT ...JIKA MEREKA MENGKHIANATI AMANAH BAHKAN MENINDAS RAKYAT PULA...HOSNI MUBARAK ADALAH SUATU KISAH PEMIMPIN YANG DIMALUKAN RAKYAT SENDIRI PATUT DITAULADANI PEMIMPIN DI MALAYSIA..


BAGAIMANA JIKA PEMIMPIN PULA MEMBERI AMARAN ; JANGAN CUBA MELAKUKAN PERKARA SAMA DI MALAYSIA? MAHU MENGUGUT RAKYAT LAGI? PRU 13 JALAN RAKYAT LAKUKAN PERUBAHAN.......KUASA RAKYAT KUASA PERUBAHAN ...

DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU, KECINTAAN KEPADA AGAMA, NEGARA dan RAKYAT... PILIHLAH PEMIMPIN YANG MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT, BUKAN BERPURA-PURA MENGAMBIL BERAT RAKYAT

Monday, January 17, 2011

Minda Rakyat Dimanipulasi- Minda Separa Sedar


Jika tidak silap ada pernah terbaca di blog suudara Mazidul bahawa rancangan hiburan disogokkan untuk melalaikan rakyat di negara-negara yang miskin atau bermasalah. Seperti negara yang mempunyai kadar pengganguran yang tinggi, mempunyai masalah politik, pentadbiran yang kurang stabil dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk membuat rakyat/penonton berada dalam keadaan separuh sedar apabila menonton, dan hanya ketawa, bergembira sahaja bagi melupakan masalah sebenar yang dihadapi.



Saya setuju, cuba kita lihat kebanjiran drama-drama dari seberang yang mana telah banyak membuang masa suri rumah, drama yang entah bila akan habis. Penggemar drama seberang seakan dirasuk, cukup waktu mesti pastikan diri mengadap television.

Bukan main tersenyum lebar bila melihat pelakon pujaan di kaca tv. Bukan main seronok bercerita tentang slot-slot drama, macam itulah dunia nyatanya. Tersengeh sorang-sorang itu biasa.

Minda kita telah dikawal separuh sedar, kita lupa sekejap harga barangan dapur telah naik. Tak apa, kejap lagi ada lagi drama dari seberang untuk ditonton. Kita lupa kembali kisah hidup yang nak dilalui. Bijak.bijak.

Belum cerita tentang drama-drama tahyul, pari-pari, jadian dsb

Jangan sampai anak-anak cakap " tak apa abah nanti pari-pari datang tolong adik" atau " kalau nak apa-apa adik boleh mintak kat pari-pari".

Kepada peminat drama seberang jangan lemparkan komen yang tak membina. Sokong perlakuan anda dengan fakta yang kukuh.

Tuesday, January 11, 2011

Kampung Baru_- Tun Mahathir

Justify Full
Sumber: Blog Tun Mahathir

1. Di antara kegagalan saya semasa menjadi Perdana Menteri ialah pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

2. Setelah mengumumkan rancangan Kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru KL, beberapa masalah timbul berkenaan dengan pemilikan tanah dan harga tanah.

3. Ramai penduduk Kampung Baru yang asal telah pun pindah dari situ kerana mereka setelah mencapai kemajuan mendapati Kampung Baru sudah tidak lagi selesa bagi mereka.

4. Di masa yang sama ramai tuan tanah telah meninggal dunia dan siapa pewaris mereka sukar dikesan.

5. Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi. Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu.

6. Jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka akan hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di KL.

7. Untuk menentukan penduduk Kampung Baru terus berada di situ maka satu syarat yang telah dikenakan kepada pemaju ialah penduduk Kampung Baru bukan sahaja dibayar harga tanah tetapi mereka akan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang akan didirikan. Syarat ini boleh menjamin orang Melayu yang sekarang berada di situ akan terus berada di situ. Mereka tidak akan terusir keluar.

8. Tetapi sekali lagi syarat in akan menaikkan kos pembanguan. Pemaju Melayu mungkin tidak berminat. Bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah. Hari ini pun banyaklah tempat kediaman dan kedai yang diperuntuk kepada orang Melayu tidak dapat dibeli oleh mereka.

9. Oleh sebab ini pembangunan Kampung Baru KL gagal dilaksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri.

10. Saya berdoa Kerajaan kini akan berjaya membangunkan semula Kampung Baru supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri. Di tengah-tengah ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit, yang moden dan mewah terdapat kampung setinggan Melayu dengan rumah kayu berbumbung zink karat.

bahagian 2

1. Saya tertarik dengan komen-komen terhadap isu Kampung Baru dalam blog saya.

2. Di antara yang menarik ialah cadangan supaya Kerajaan bangunkan Kampung Melayu moden dengan rumah-rumah kayu Melayu serta dilengkapkan dengan parit dan pokok-pokok.

3. Ia boleh dijadikan satu produk pelancongan untuk menunjuk budaya dan cara hidup orang Melayu dahulu kala.

4. Hanya saya tidak begitu senang jika orang Melayu dan kampung mereka menjadi produk pelancongan. Kita telah hentikan membawa pelancong melihat cara hidup Orang Asli kerana kita hormati mereka sebagai manusia dan bukan pameran muzium.

5. Namun demikian cadangan ini patut ditimbang. Apa pun janganlah kita pamerkan kedaifan orang Melayu dengan rumah robek mereka yang terdapat sekarang di tengah-tengah ibu kota moden kita.

6. Saya tidak setuju sama sekali cadangan Kerajaan memberi subsidi sebanyak 99.9 peratus. Mentaliti subsidi keterlaluan akan menjadikan orang Melayu amat lemah.

7. Di Singapura kampung-kampung Melayu sudah pun dimusnahkan dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa supaya mereka hidup tidak lagi dikelilingi oleh kaum dan suku-sakat mereka. Dasar Singapura ialah untuk mengintegrasi semua kaum. Hakikat yang nyata ialah segala bukti usul-asal Singapura sebagai tanah milik Melayu hilang sama sekali.

8. Hari ini Kerajaan Malaysia dianggotai oleh majoriti orang Melayu yang prihatin terhadap nasib orang Melayu. Janganlah kita yakin tidak akan wujud Kerajaan di mana suara wakil Melayu tenggelam hapus. Tanda-tanda ini boleh berlaku sudah pun ternampak.

9. Jika pada masa itu pembaharuan Kampung Baru Kuala Lumpur dirancang, mungkin apa yang terjadi pada kampung Melayu di Singapura akan terjadi kepada Kampung Baru Kuala Lumpur.

Sunday, January 9, 2011

Benarkah begini???

SUMBER: KULIAH ADDEEN

Daripada sumber yang dipercayai, Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu kini sedang membahagikan kawasan-kawasan balak antara 50 hingga 100 ekar kepada para Ketua Bahagian yang menyokongnya. Ini mungkin disebabkan petunjuk yang diperolehinya bahawa beliau tidak mungkin menjadi MB lagi pada penggal akan datang (selepas PRU-13).

Jika benar maklumat ini, ia merupakan satu lagi episod malang bagi rakyat Terengganu. Hak rakyat telah dijadikan sebagai hak kumpulan/kroni mereka. Golongan oportunis politik ini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengaut kekayaan bagi memenuhi poket nafsu mereka. Inilah bahananya apabila majoriti rakyat tiada kesedaran politik dan tidak peka dengan apa yang berlaku.

SLOGAN KOSONG?

Allah berlaku adil pada rakyat ini. Bumi yang ramai para ulama dan auliya ini dikurniakan pelbagai kekayaan hasil buminya. Namun, apa yang rakyat perolehi? Walaupun menjadi negeri pengeluar minyak dan gas terkaya di negara ini, Terengganu masih mempunyai kadar kemiskinan tegar, miskin dan mudah miskin yang ketara.

Dalam sidang DUN Terengganu 8 April 2010, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Ashaari Idris berkata Terengganu masih ditangga kedua kategori rakyatnya mudah miskin. Manakala, kategori rakyat miskin juga masih kekal ditangga ketiga dan miskin tegar ditempat kelima. Ia berdasarkan kajian terbaru agensi terbabit.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk membaiki segala kepincangan dengan pelbagai perubahan yang dilakukan. Pada April 2009, Najib telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang antara tujuannya ialah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat. Dalam masa yang sama enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ditonjolkan, antaranya untuk membanteras rasuah (penyelewengan) dan mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah.

Malah dalam ucapan sulung selepas secara rasmi dilantik Perdana Menteri ke-6 tanggal 3 April 2009, beliau berikrar untuk melaksanakan satu transformasi besar untuk negara dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

Namun untuk merubah manusia bukan senang. Mereka bukan enjin yang dapat dikawal hanya dengan memetik suisnya atau dibuang mana-mana komponen yang menganggu sistem.

Manusia mempunyai jiwa, akal dan nafsu yang sentiasa berbolak-balik dalam diri mereka. Syaitan pula sebagai musuh sentiasa mencari ruang untuk menyelinap dalam jiwa manusia bagi melencongkan mereka kepada kejahatan.

Nabi Nuh a.s siang dan malam selama 950 tahun berdakwah dan mentarbiyyah umatnya, namun hanya mampu menarik seramai 70 orang untuk mengikuti baginda a.s. Ini bukan bermakna dakwah Nabi Nuh a.s tiada berkesan, tetapi menunjukkan begitu keras sekali jiwa manusia untuk menerima seruan yang bertujuan mengubah kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi mereka sudah selesa dengan budaya tersebut dan tidak mahu membuka diri untuk mendengar seruan kebaikan.

Dengan ucapan berapi-api sekalipun di Perhimpunan Agung UMNO, ia tidak akan mampu mengubah sifat tamak haloba, penting diri, dengki, dendam dan takbur yang begitu tebal bersarang dalam jiwa para pemimpin dan ahlinya.

Syarahan para ulama yang mampu menggetarkan jiwa para pendengarnya, kadang kala hanya mampu memberi kesedaran untuk tempoh seminggu atau sebulan sahaja. Kemudian nafsu atau tabiat lama akan menguasai mereka kembali. Inikan pula syarahan ahli politik yang bergantung pada semangat dan retorik semata-mata, tentulah lebih sukar lagi.

PROSES TARBIYYAH AGAMA

Mentarbiyyah manusia memerlukan masa yang panjang. Walaupun disertakan kesabaran, keilmuan, kerohanian dan keikhlasan, namun ia bukan jaminan mereka yang dididik itu akan berubah dan dapat dibentuk seperti yang dimahukan. Malah kadangkala mereka yang ditarbiyyah itu boleh menjadi musuhnya disebabkan tidak tahan dengan proses tarbiyyah yang dilalui, terutama mereka yang kaya atau yang berilmu.

Justeru, ada di kalangan ulama sufi yang berijtihad bahawa untuk mengubah tabiat manusia dan membentuk mereka, ia memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 40 hari. Ini berdasarkan proses kejadian manusia itu sendiri saat di dalam kandungan ibunya. Ia juga disandarkan kepada khalwah para Nabi-Nabi a.s yang mengambil masa 40 hari.

Jemaah Tabligh turut menjadikan 40 hari sebagai keutamaan dalam membentuk diri kepada kebaikan seperti istiqamah solat jemaah dan tahajud. Kalau di pondok atau madrasah, biasanya para pelajar yang baru masuk tidak dibenarkan pulang ke rumah sebelum mencapai tempoh 40 hari. Ini kerana mereka meyakini bahawa jika seorang itu dapat melakukan sesuatu secara istiqamah selama 40 hari, ia akan menjadi tabiat dalam kehidupannya di luar nanti.

Dalam konteks UMNO, untuk mentarbiyah kembali pemimpin dan ahlinya, tidak cukup sekadar ucapan yang berdegar-degar dalam Perhimpunan Agung. Kesannya hanya sedikit dan bersifat sementara walaupun semangat mereka dilihat berkobar-kobar di dalam dewan. Tetapi apabila mereka pulang, nafsu kejahatan kembali menguasai diri. Mereka akan tetap meletakkan kepentingan diri, kroni dalam perjuangan melebihi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Lagipun, jika hanya ia seorang berubah sedang dilihatnya kawan-kawan di sekelilingnya tidak berubah, kerjaya politiknya tiada akan ke mana dan ia akan rugi jika tiada mengambil kesempatan bila ada peluang (untuk nafsu dan perut).

Saya sendiri melihat bagaimana satu syarikat Bumiputera yang hebat terpaksa gulung tikar akibat tiada dibayar hutang oleh manusia yang dilihat sebagai pejuang bangsa. Didalam TV wajahnya terpampang sebagai dermawan yang prihatin dengan golongan miskin, tetapi dibelakang tabir, dia adalah seorang yang kaya dengan penipuan jutaan ringgit terhadap sesama bangsa. Sebab itulah kadang-kadang saya tidak mampu menonton berita di TV kerana meluat melihat wajah-wajah para munafik yang tersenyum menunjukkan lakonan wajah mulia mereka di hadapan masyarakat!

Para pemimpin UMNO perlu kembali kepada pentarbiyyahan agama, bukannya sekadar asyik membakar semangat Melayu. Kebanyakan mereka sudah terbiasa dengan budaya penipuan, rasuah, makan harta yang haram dan sebagainya. Ia ibarat penyakit “SAKA” yang diwarisi dari satu generasi ke generasi, tiada sedikitpun rasa bersalah.

Tabiat ini dapat dilihat apabila mereka menubuhkan Parti Semangat 46 atau PKR kini. Mereka yang bermasalah kebanyakannya bekas ahli UMNO. Bukan senang untuk mereka meninggalkan tabiat mereka walaupun jiwa berkobar-kobar untuk memperjuangkan kebenaran.

AZAB BAGI MEREKA YANG TIADA AMANAH

Hanya agama yang dapat menyembuhkan penyakit ini. Apabila hati dihubung kembali pada Allah dan akhirat, ia akan melemahkan nafsu sehingga akhirnya nafsu dapat dikawal kembali. Jika para pemimpin UMNO tiada serius mendidik dirinya dan pengikutnya pada agama, saya tak yakin mereka akan dapat mengubah tabiat mereka walaupun beribu slogan yang mereka laungkan.

Ketika UMNO lemah, ramai para pemimpinnya sudah berkira-kira untuk berpindah parti. Tetapi apabila melihat ia kembali kuat dibawah pimpinan Dato’ Sri Najib, mereka kini melaung ikrar janji setia sampai ke titisan darah terakhir.

Sebenarnya mereka bersama UMNO bukan kerana prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kepentingan diri. Mereka lihat dengan kekuatan UMNO dibawah PM sekarang, mereka masih berpeluang untuk menyuburkan lagi nafsu keangkuhan, ketamakan dan sukakan sanjungan. Itulah hakikatnya walaupun saya tak nafikan ada di kalangan mereka yang ikhlas memperjuangkan agama dan bangsa.
“Takutlah wahai pemimpin kepada Allah. Sesungguhnya azab yang pedih menunggu para pemimpin yang tiada amanah. Kita semua akan ditanya tentang kepimpinan di hadapan Allah. Sedangkan para Nabi-Nabi a.s bergetar lutut mereka di Padang Mahsyar untuk menjawab soal kepimpinan, bagaimanakah kamu wahai para pemimpin yang banyak merompak harta rakyat demi keuntungan politik dan kekayaan dirimu? Bertaubatlah sebelum terlambat, sesungguhnya Allah amat mencintai hambaNya yang bertaubat dan membersihkan diri!”
"... Sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah." (QS 38: 26)