KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 20, 2010

Sikap Baru Politik


Mana-mana parti politik mesti mendidik pendukung mereka dengan sikap baru dalam politik yang membawa kepada keadilan dan kasih sayang semua kaum, Mesti menjauhi budaya politik yang diamalkan dalam kerajaan BN sekarang sehingga ramai para usahawan yang benar-benar berkemampuan dibangkrapkam , disekat bantuan dan biasiswa disebabkan perbezaan parti bahkan menganaktirikan mana-mana negeri yang dikuasai PR. Dikenakan pelbagai sekatan atas dasar mahu mengajar rakyat yang menolak mereka. Mereka melaungkan demokrasi tetapi mereka sendiri tidak mahu menghormati sistem yang mereka dukung .

Politik seperti ini perlu dibuang dan disimpan dalam muzium pameran hantu untuk dilihat rupa hantu yang menghuru-harakan Malaysia selama ini. Mungkin untuk membentuk generasi tua agak payah kerana mereka agak sebati dengan budaya politik marah, dendam, dan berpuak-puak. Tetapi pada generasi muda, mereka disemai dengan budaya politik bentuk baru dimana perbezaan pendapat tidak membawa kepada permusuhan peribadi sehingga memutuskan silaturrahim sesama muslim , menyemarakkan permusuhan kaum, ketidakadilan dan lainnya.

Pendapat setengah ahli ilmu yang menghukum fasik malah boleh membawa kekufuran jika tidak mahu kepada peyatuan adalah agak kurang tepat. Ini kerana yang dimaksudkan hadis riwayat Muslim,"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan, adalah memutuskan silaturahim sesama Islam sehingga membawa perpecahan , bukannya perpecahan dalam perbezaan pendapat dalam poltik. Malah dalam Islam , perbezaan pendapat tidak boleh dihalang malah amat dimuliakan dengan syarat memlihara adab -adab khilaf .

Seruan supaya orang Melayu Islam bersatu untuk menentang kaum lain adalah satu seruan yang membakar api perkauman dan kebecian sesama kaum . Bagaimanapun jika kaum Cina atau kaum lain membuat seruan agar parti-parti kaum masing -masing juga perlu bersatu sebagai proters terhadap penyatuan PAS dan UMNO ?Jika ini berlaku , Malaysia akan menuju kancah peperangan kaum yang amat bahaya.


Biar UMNO dikuasai Melayu Islam memimpin parti pelbagai kaum dalam BN dan biarkan PAS dan Melayu Islam dalam PKR memimpin pelbagai kaum dalam PR. Dalam iklim politik kini , keberadaan PAS dalam PR lebih memberi kebaikan kepada Melayu-Islam dan semua kaum daripada bersama UMNO dan BN kecuali jika berlakunya perubahan suasana akan datang.

Politik adalah fleksibel dan segalanya mungkin berlaku . Para pemainnya pula adalah pendekar yang lincah berpencak menghunus keris dan mengelak serangan walaupun terpaksa menggunaan tipu helah . Ia tidak sesuai untuk golongan yang lurus bendul walaupun baik dan berpendidikan agama sekalipun.


Firman ALlah swt,
Hai manusia , sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (al-Hujurat:13)

Kebimbangan kehilangan hak istimewa orang Melayu juga sengaja dimainkan sebagai perang saraf demi mempertahankan kuasa mereka. UMNO menyatakan hanya mereka sahaja yang dapat mempertahankan hak tersebut sedangkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan PM baru ini adalah dasar merit yang merentas sempadan kaum

Pas yang meletakkan parti politik yang meletakkan Islam sebagai dasar utama tetap akan mempertahankan hak kaum Bumiputra sebagaimana yang di jelaskan oleh Presidennnya , Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang . Keadilan yang dimaksudkan oleh ISlam bukannya membahagi sama rata tetapi " meletakkan sesuatu kena paa tempatnya' yakni memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya.

Friday, December 17, 2010

Untung Diambil ,Rakyat Tanggung Rugi


Mari sama-sama membantu kerajaan membanteras RASUAH sehingga ke akar UMBI!! Sedarkan mereka (SESIAPA SAHAJA PEMIMPIN YANG KORUP) dari kemabukan duit RAKYAT

Sikap tolong - menolong amat digalakkan Islam. Pertolongan yang kita berikan kepada saudara kita akan membawa pulangan yang lebih kepada kita. Sabda Nabi saw maksudnya: "Allah swt sentiasa menolong orang selagi orang itu sentiasa menolong saudaranya,"(Hadis)


Majoriti pemimpin kini dari yang tertinggi sehingga ke peringkat cawangan adalah peniaga yang mencari keuntungan bermodalkan harta rakyat. Meraka tiada keberanian untuk berniaga dengan wang sendiri , mereka menjadikan projek yang berselindung atas nama projek rakyat sebagai perniagaannya yang boleh mencapai keuntungan jutaan ringgit.

Jika projek itu berjaya , mereka memperoleh keuntungan , jika gagal kerugian tersebut akan ditanggung oleh rakyat. Kekayaan negara yang berlegar hanya pada golongan mereka.

Justeru untuk menjadi jutawan dengan harta rakyat ini, mereka berhempas pulas untuk mendapat jawatan kerana ianya akan membuka ruang untuk mencapai cita-cita tersebut.

Bergabung saat mereka dalam kemabukan ini tiada akan memberi manfaat. Ibarat orang sedang mabuk, mereka tiada akan menerima apa jua nasihat ketika itu. Cara yang selamat ialah menghentikan mereka minim dengan mengurung mereka di pusat-pusat pemulihan sehinggga ketagihan mereka hilang , kemudian barulah boleh diberi nasihat.

Jika kita masih kepada saudara Melayu kita di dalam UMNO (tidak terlupa juga di dalam PR), marilah kita hentikan kerosakkan yang dilakukan dengan menghentikan mereka yang TIDAK SEDARKAN DIRI dari terus memerintah Malaysia ini, Ia menepati hadis di atas nama Nabi saw yang menyuruh kita membantu golongan zalim dengan kita menghentikan kezaliman mereka.

Moga dengan mereka berehat atau kehilangan kuasa dan tiada peluang membina kekayaan, mereka menjadi golongan yang insa dan membaiki diri ......



Monday, December 13, 2010

Apabila ahli politik melebihi kuasa Raja

Peruntukan undang-undang tertinggi negara mengenai hubungan antara Raja-Raja Melayu dan Islam amat jelas. Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam. Dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengambil tanggungjawab Perlembagaan untuk setiap masa benar-benar memelihara agama Islam.

Kedudukan sumpah Yang di-Pertuan Agong ini amat berat dari sudut ajaran Islam. Ia adalah pernyataan atau lafaz yang amat serius apabila sumpah menggunakan istilah Wallahi; Wabillahi; Watallahi.

Apabila menghayati lafaz sumpah ini mungkin ada antara khalayak yang tertanya-tanya, apakah agaknya peranan Raja-Raja berkaitan Islam? Mungkin ada juga yang terfikir, adakah Raja-Raja sudah melaksanakan tanggungjawab menjaga Islam sepenuhnya?

Persoalan sebegini tidak boleh dielak dalam keadaan semasa. Khalayak ada kalanya mahukan sesuatu yang “tangible”, iaitu sesuatu yang dapat disentuh, atau dilihat dengan mata kasar. Keadaan ini menjadi cabaran kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam. Saya fikir Raja-Raja sudah maklum mengenai cabaran ini.

Kita saksikan banyak perkara yang mencabar Islam dan kedudukannya di negara ini. Mungkin kita masih ingat beberapa kejadian yang menidakkan kuasa mufti dan mempersoalkan autoriti mufti dalam perkara berkaitan agama.

Cabaran memuncak dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah sehingga ada golongan yang mahu undang-undang jenayah syariah dilupuskan semua sekali. Isu kalimah Allah menjadi kebimbangan ramai. Kontroversi wujud lagi dalam kejadian sosej babi. Semuanya ini mahukan Raja-Raja terbabit.

Bukan niat saya untuk membuka semula isu yang saya sebutkan dan mendebatkannya secara provokasi.

Apa yang ingin saya katakan ialah adakah masyarakat menyedari bahawa Raja-Raja Melayu sudah cuba melaksanakan tugas Perlembagaan yang diletakkan di atas bahu baginda. Kenyataan Raja-Raja berkaitan kedudukan agama Islam sering dilaporkan media selepas isu seumpama itu berlaku.

Masalahnya, ada ketika sebahagian khalayak enggan menghargai titah berkenaan. Atas apa alasan, saya tidak pasti. Ada yang enggan faham bahawa titah itu mempunyai sanksi Perlembagaan. Payahnya Perlembagaan bukan Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman sekiranya keingkaran berlaku.

Mungkin ada khalayak yang mahukan Raja-Raja Melayu berterusan membuat kenyataan akhbar atau membuat sidang media. Mungkin ini ada benarnya. Ramai yang mengharap Raja-Raja bertindak proaktif.

Namun, ada kalanya mungkin tidak adil bagi Raja-Raja. Sekiranya terlalu banyak membuat kenyataan akhbar ini akan meletakkan kedudukan Raja setaraf dengan ahli politik. Ini tidak harus terjadi kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kedudukan Raja-Raja itu sendiri.

Walaupun tiada publisiti meluas mengenai peranan yang sudah dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mengenai Islam di negara ini, khalayak harus tahu mengenai sumbangan Raja-Raja mengenai Islam.

Sekiranya kita bandingkan kedudukan Islam sebelum merdeka dan kedudukannya pada hari ini, nampakkah kita akan jarak perbezaan?

Jangan kita menafikan perubahan ke arah kebaikan yang sudah negara lakukan kepada Islam. Kita juga harus melihat apa yang baik, bukan menonjolkan yang negatif saja. Itu tidak adil.

Dalam aspek perundangan dan kehakiman Islam, banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini. Keadaan fizikal dan tenaga manusia di Mahkamah Syariah, contohnya banyak berubah.

Khalayak tidak patut menafikan sumbangan Raja-Raja Melayu dalam penambahbaikan ini. Secara pentadbirannya, suatu polisi agensi kerajaan pusat mengenai Islam, seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan hanya dilakukan jika ia mendapat lampu hijau daripada negeri. Negeri pula tidak memberikan lampu hijau sekiranya tidak diperkenan Raja.

Ada kalangan mereka yang enggan menghargai peranan Raja-Raja berkaitan Islam menghujah bahawa Kerajaan Pusat, menurut Perlembagaan Persekutuan tidak harus membuat urusan berkaitan Islam.

Hujah ini berlandaskan konsep pengasingan kuasa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Disebabkan Islam adalah urusan negeri, maka ia menjadi sesuatu yang tidak berperlembagaan sekiranya Kerajaan Pusat menjalankan urusan Islam.

Maka penubuhan JKSM dan Jakim sudah dipersoalkan keabsahannya dari sudut Perlembagaan.

Hujah ini amat simplistik. Ia tidak memberi penelitian yang baik terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak memberi manfaat kepada sistem pentadbiran yang diamalkan. Saya ada menyatakan dalam ruangan ini dua minggu lalu bahawa, Perlembagaan Persekutuan memberi ruang kepada Parlimen untuk membuat undang-undang berkaitan perkara yang diletakkan di bawah bidang kuasa badan perundangan negeri sekiranya mendapat permintaan negeri. Pembaca boleh merujuk tulisan saya untuk ulasan yang lebih panjang.

Sekiranya kita hujahkan bahawa agensi berkaitan Islam harus diletakkan di bawah penyeliaan Majlis Raja-Raja, saya fikir ini idea yang baik. Tetapi kita harus mengamati sistem pentadbiran yang ada sekarang.

Adakah Majlis Raja-Raja mempunyai wadah atau infrastruktur selengkapnya untuk mengendali agensi seperti ini, jika bukan menerusi kementerian yang berkaitan.

Bukan saya menidakkan peruntukan Perlembagaan mengenai pengasingan kuasa yang disebut di atas. Tetapi kita harus sedar bahawa mekanisme pentadbiran sedia ada perlu diambil perhatian.

Walaupun agensi ini tidak secara perundangannya diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja dalam pentadbirannya, kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri tidak dipinggirkan. Ini ada kalanya dilakukan menerusi mekanisme Majlis Raja-Raja dan dalam banyak ketika Raja-Raja membuat keputusan bersendirian mengenai Islam di negeri masing-masing.

Apa yang kita harapkan daripada Raja-Raja Melayu ialah baginda sentiasa memayungi Islam di negara ini, sentiasa memberi perhatian kepada Islam, mendokong sumpah jawatan yang diambil dan sentiasa menghargai peruntukan Perlembagaan bahawa hak, tugas, kuasa dan tanggungjawab baginda berkaitan Islam adalah budi bicara sepenuhnya. Harapan kepada ahli politik, janganlah pula lebih sudu daripada kuah.— Berita Harian


* Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


SUMBER: DETIK DAILY

Wednesday, December 8, 2010

RAKYAT ADALAH " RAJA"


Kita (RAKYAT) adalah tuan kepada negara ini , orang politik hanyalah sebagai pemegang amanah rakyat dalam menguruskan negara ini. Jika mereka dilihat tidak mampu mentadbir dengan apa yang di inginkan rakyat , maka kita sebagi tuan boleh menukar mereka dengan pentadbir yang lain . Hakikat inI rakyat perlu sedar.

Kita tidak boleh taksub dengan mana-mana pentadbir, kerana ketaksuban kita hanya kepada Al Quran dan Sunnah . Mana-mana pemimpin dan parti yang dilihat mampu mengamalkan dasar-dasar Al Quran , maka merekalah yang wajib kita angkat sebagai pemimpin untuk menguruskan negara ini .

Pada hemat penulis , penggabungan Pakatan Rakyat yakni PAS , PKR dan DAP menepati prinsip ISLAM iaitu menegakkan keadilan, amanah , kasih sayang sesama kaum dan menentang penyelewengan pengurusan harta rakyat. Kesan dari dasar ini dapat kita lihat sedikit sebanyak kini.

GESSA melihat Pas, PKR, DAP bersetuju berpegang pada prinsip yang sama dan itulah yang selari dengan hukum ALLAH yang wajib diutamakan dari keutamaan yang lain. Ia menepati Fiqh Awlawiyat iaitu mengutamakan perlaksanaan hukum Allah yang menepati kehendak dan keperluan semasa dengan tetap akan melakasanakan hukum-hukum yang lain apabila tiba masa yang sesuai.

Penggabungan PAS-UMNO tidak boleh dijalankan pada waktu ini kerana semua prinsip tersebut dilanggar UMNO . Dasar UMNO meletakkan kebendaan dan kaum mengatasi agama; sedangkan dasar PAS meletakkan agama di tempat tertinggi. Jika bergabung dengan PAS , UMNO akan dapat memanjangkan talian hayat mereka untuk terus menyambung kerja-kerja buruk mereka. Mengharapkan mereka insaf dengan idea penyatuan tersebut adalah amat sukar kerana perangai buruk sudah menjadi tabiat mereka sehingga jika orang UMNO tidak menyelewengkan harta rakyat ia dianggap amat ganjil. Ia adalah fakta yang tidak perlu lagi dibuktikan.

ARKIB GESSA

Risalah ini untuk membina kesedaran KUASA RAKYAT sebagai "RAJA" dalam menentukan hala tuju pentadbiran NEGARA

Risalah ini adalah sebahagian tulisan Mantan Pengerusi Kesatuan Madrasah Islamiah Malaysia (ITMAM)

SENARAI KUBU BLOG PARTI POLITIK PRO BN

RAKYAT MENILAI>>

USAH TERLALU TERPERANGKAP DENGAN ISU-ISU YANG DIMAINKAN.

Kelompok ini digelar BPN (Blog Pembela Negara) . Semenjak selepas PRU 12, mereka bergerak aktif menandingi KUBU BLOG yang Pro PR. Sekarang tampil dengan well organize BLOGGERS. Selaku rakyat , kebijaksanaan amat penting menilai sepak terajang dunia BLOG.


Yang Di Pertua – Panglima PerangCyber
Timbalan YDP I - Cheguman Waadat
Timbalan YDP II - AbangTuah
Setiausaha I - Yeopperak
Setiausaha II - Parpu Kari
Biro Pemuda - Gomo
Biro Pemudi - Aleen
Biro Mahasiswa - Farid
Biro Multimedia - Deperado
Exco Seberang Laut - Azzuhrie
Exco KL - Bro Jinggo
Exco Sgor - Melayu Sepang
Exco Melaka - Kumbang
Exco P Pinang - Pejuang Bangsa
Exco Perak - Taiping Mali
Exco Pahang - bRAVEhEART
Exco Kelantan - Pak Mie
Exco Sarawak - Apai Ngelai
Exco Sabah - Sumandak