KALAM HIKMAH

Medan amal tiada sama dengan medan cakap. Namun sikap mereka (pemimpin) tiada mewakili sikap semua ahli kumpulan mereka (rakyat). Saya berpesan kepada semua sahabat agar berjiwa besar dan memahami bahawa sikap berkecil hati, marah, menjauhi adalah merugikan agama, rakyat dan negara.

Apa jua perselisihan ilmu, celaan, prasangka, bercanggah pendapat tiadalah boleh dijadikan sebab untuk kita berpecah dalam hal yang kita semua wajib memainkan peranan masing-masing.

Kuliah Ad Deen

Masa Itu Ibarat Pedang

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

Apabila ahli politik melebihi kuasa Raja

Peruntukan undang-undang tertinggi negara mengenai hubungan antara Raja-Raja Melayu dan Islam amat jelas. Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam. Dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengambil tanggungjawab Perlembagaan untuk setiap masa benar-benar memelihara agama Islam.

Kedudukan sumpah Yang di-Pertuan Agong ini amat berat dari sudut ajaran Islam. Ia adalah pernyataan atau lafaz yang amat serius apabila sumpah menggunakan istilah Wallahi; Wabillahi; Watallahi.

Apabila menghayati lafaz sumpah ini mungkin ada antara khalayak yang tertanya-tanya, apakah agaknya peranan Raja-Raja berkaitan Islam? Mungkin ada juga yang terfikir, adakah Raja-Raja sudah melaksanakan tanggungjawab menjaga Islam sepenuhnya?

Persoalan sebegini tidak boleh dielak dalam keadaan semasa. Khalayak ada kalanya mahukan sesuatu yang “tangible”, iaitu sesuatu yang dapat disentuh, atau dilihat dengan mata kasar. Keadaan ini menjadi cabaran kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam. Saya fikir Raja-Raja sudah maklum mengenai cabaran ini.

Kita saksikan banyak perkara yang mencabar Islam dan kedudukannya di negara ini. Mungkin kita masih ingat beberapa kejadian yang menidakkan kuasa mufti dan mempersoalkan autoriti mufti dalam perkara berkaitan agama.

Cabaran memuncak dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah sehingga ada golongan yang mahu undang-undang jenayah syariah dilupuskan semua sekali. Isu kalimah Allah menjadi kebimbangan ramai. Kontroversi wujud lagi dalam kejadian sosej babi. Semuanya ini mahukan Raja-Raja terbabit.

Bukan niat saya untuk membuka semula isu yang saya sebutkan dan mendebatkannya secara provokasi.

Apa yang ingin saya katakan ialah adakah masyarakat menyedari bahawa Raja-Raja Melayu sudah cuba melaksanakan tugas Perlembagaan yang diletakkan di atas bahu baginda. Kenyataan Raja-Raja berkaitan kedudukan agama Islam sering dilaporkan media selepas isu seumpama itu berlaku.

Masalahnya, ada ketika sebahagian khalayak enggan menghargai titah berkenaan. Atas apa alasan, saya tidak pasti. Ada yang enggan faham bahawa titah itu mempunyai sanksi Perlembagaan. Payahnya Perlembagaan bukan Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman sekiranya keingkaran berlaku.

Mungkin ada khalayak yang mahukan Raja-Raja Melayu berterusan membuat kenyataan akhbar atau membuat sidang media. Mungkin ini ada benarnya. Ramai yang mengharap Raja-Raja bertindak proaktif.

Namun, ada kalanya mungkin tidak adil bagi Raja-Raja. Sekiranya terlalu banyak membuat kenyataan akhbar ini akan meletakkan kedudukan Raja setaraf dengan ahli politik. Ini tidak harus terjadi kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kedudukan Raja-Raja itu sendiri.

Walaupun tiada publisiti meluas mengenai peranan yang sudah dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mengenai Islam di negara ini, khalayak harus tahu mengenai sumbangan Raja-Raja mengenai Islam.

Sekiranya kita bandingkan kedudukan Islam sebelum merdeka dan kedudukannya pada hari ini, nampakkah kita akan jarak perbezaan?

Jangan kita menafikan perubahan ke arah kebaikan yang sudah negara lakukan kepada Islam. Kita juga harus melihat apa yang baik, bukan menonjolkan yang negatif saja. Itu tidak adil.

Dalam aspek perundangan dan kehakiman Islam, banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini. Keadaan fizikal dan tenaga manusia di Mahkamah Syariah, contohnya banyak berubah.

Khalayak tidak patut menafikan sumbangan Raja-Raja Melayu dalam penambahbaikan ini. Secara pentadbirannya, suatu polisi agensi kerajaan pusat mengenai Islam, seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan hanya dilakukan jika ia mendapat lampu hijau daripada negeri. Negeri pula tidak memberikan lampu hijau sekiranya tidak diperkenan Raja.

Ada kalangan mereka yang enggan menghargai peranan Raja-Raja berkaitan Islam menghujah bahawa Kerajaan Pusat, menurut Perlembagaan Persekutuan tidak harus membuat urusan berkaitan Islam.

Hujah ini berlandaskan konsep pengasingan kuasa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Disebabkan Islam adalah urusan negeri, maka ia menjadi sesuatu yang tidak berperlembagaan sekiranya Kerajaan Pusat menjalankan urusan Islam.

Maka penubuhan JKSM dan Jakim sudah dipersoalkan keabsahannya dari sudut Perlembagaan.

Hujah ini amat simplistik. Ia tidak memberi penelitian yang baik terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak memberi manfaat kepada sistem pentadbiran yang diamalkan. Saya ada menyatakan dalam ruangan ini dua minggu lalu bahawa, Perlembagaan Persekutuan memberi ruang kepada Parlimen untuk membuat undang-undang berkaitan perkara yang diletakkan di bawah bidang kuasa badan perundangan negeri sekiranya mendapat permintaan negeri. Pembaca boleh merujuk tulisan saya untuk ulasan yang lebih panjang.

Sekiranya kita hujahkan bahawa agensi berkaitan Islam harus diletakkan di bawah penyeliaan Majlis Raja-Raja, saya fikir ini idea yang baik. Tetapi kita harus mengamati sistem pentadbiran yang ada sekarang.

Adakah Majlis Raja-Raja mempunyai wadah atau infrastruktur selengkapnya untuk mengendali agensi seperti ini, jika bukan menerusi kementerian yang berkaitan.

Bukan saya menidakkan peruntukan Perlembagaan mengenai pengasingan kuasa yang disebut di atas. Tetapi kita harus sedar bahawa mekanisme pentadbiran sedia ada perlu diambil perhatian.

Walaupun agensi ini tidak secara perundangannya diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja dalam pentadbirannya, kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri tidak dipinggirkan. Ini ada kalanya dilakukan menerusi mekanisme Majlis Raja-Raja dan dalam banyak ketika Raja-Raja membuat keputusan bersendirian mengenai Islam di negeri masing-masing.

Apa yang kita harapkan daripada Raja-Raja Melayu ialah baginda sentiasa memayungi Islam di negara ini, sentiasa memberi perhatian kepada Islam, mendokong sumpah jawatan yang diambil dan sentiasa menghargai peruntukan Perlembagaan bahawa hak, tugas, kuasa dan tanggungjawab baginda berkaitan Islam adalah budi bicara sepenuhnya. Harapan kepada ahli politik, janganlah pula lebih sudu daripada kuah.— Berita Harian


* Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


SUMBER: DETIK DAILY

Wednesday, December 8, 2010

RAKYAT ADALAH " RAJA"


Kita (RAKYAT) adalah tuan kepada negara ini , orang politik hanyalah sebagai pemegang amanah rakyat dalam menguruskan negara ini. Jika mereka dilihat tidak mampu mentadbir dengan apa yang di inginkan rakyat , maka kita sebagi tuan boleh menukar mereka dengan pentadbir yang lain . Hakikat inI rakyat perlu sedar.

Kita tidak boleh taksub dengan mana-mana pentadbir, kerana ketaksuban kita hanya kepada Al Quran dan Sunnah . Mana-mana pemimpin dan parti yang dilihat mampu mengamalkan dasar-dasar Al Quran , maka merekalah yang wajib kita angkat sebagai pemimpin untuk menguruskan negara ini .

Pada hemat penulis , penggabungan Pakatan Rakyat yakni PAS , PKR dan DAP menepati prinsip ISLAM iaitu menegakkan keadilan, amanah , kasih sayang sesama kaum dan menentang penyelewengan pengurusan harta rakyat. Kesan dari dasar ini dapat kita lihat sedikit sebanyak kini.

GESSA melihat Pas, PKR, DAP bersetuju berpegang pada prinsip yang sama dan itulah yang selari dengan hukum ALLAH yang wajib diutamakan dari keutamaan yang lain. Ia menepati Fiqh Awlawiyat iaitu mengutamakan perlaksanaan hukum Allah yang menepati kehendak dan keperluan semasa dengan tetap akan melakasanakan hukum-hukum yang lain apabila tiba masa yang sesuai.

Penggabungan PAS-UMNO tidak boleh dijalankan pada waktu ini kerana semua prinsip tersebut dilanggar UMNO . Dasar UMNO meletakkan kebendaan dan kaum mengatasi agama; sedangkan dasar PAS meletakkan agama di tempat tertinggi. Jika bergabung dengan PAS , UMNO akan dapat memanjangkan talian hayat mereka untuk terus menyambung kerja-kerja buruk mereka. Mengharapkan mereka insaf dengan idea penyatuan tersebut adalah amat sukar kerana perangai buruk sudah menjadi tabiat mereka sehingga jika orang UMNO tidak menyelewengkan harta rakyat ia dianggap amat ganjil. Ia adalah fakta yang tidak perlu lagi dibuktikan.

ARKIB GESSA

Risalah ini untuk membina kesedaran KUASA RAKYAT sebagai "RAJA" dalam menentukan hala tuju pentadbiran NEGARA

Risalah ini adalah sebahagian tulisan Mantan Pengerusi Kesatuan Madrasah Islamiah Malaysia (ITMAM)

SENARAI KUBU BLOG PARTI POLITIK PRO BN

RAKYAT MENILAI>>

USAH TERLALU TERPERANGKAP DENGAN ISU-ISU YANG DIMAINKAN.

Kelompok ini digelar BPN (Blog Pembela Negara) . Semenjak selepas PRU 12, mereka bergerak aktif menandingi KUBU BLOG yang Pro PR. Sekarang tampil dengan well organize BLOGGERS. Selaku rakyat , kebijaksanaan amat penting menilai sepak terajang dunia BLOG.


Yang Di Pertua – Panglima PerangCyber
Timbalan YDP I - Cheguman Waadat
Timbalan YDP II - AbangTuah
Setiausaha I - Yeopperak
Setiausaha II - Parpu Kari
Biro Pemuda - Gomo
Biro Pemudi - Aleen
Biro Mahasiswa - Farid
Biro Multimedia - Deperado
Exco Seberang Laut - Azzuhrie
Exco KL - Bro Jinggo
Exco Sgor - Melayu Sepang
Exco Melaka - Kumbang
Exco P Pinang - Pejuang Bangsa
Exco Perak - Taiping Mali
Exco Pahang - bRAVEhEART
Exco Kelantan - Pak Mie
Exco Sarawak - Apai Ngelai
Exco Sabah - Sumandak

Generasi Tauladan

Kesyumulan ISLAM mampu meniti hati-hati tulus lagi ikhlas suku bilion penduduk muka bumi. Penterjemahan ISLAM kepada cara hidup yang menepati sunatullah manusia itu sendiri telah terbukti secara praktikalnya dalam lipatan sejarah sebagai sebaik-baik tamadun yang mampu bertahan sehingga ke saat ini walaupun diserang dengan hebat para PEMBENCI kebenaran. Kehalusan ISLAM dalam bicara perjalanan rohani, kepadalah penzahiran syariat yang indah-indah...kesantunan dan kelembutan didikan ISLAM mewarnai seni didikan anak-anak pewaris perjuangan suci ini sehinggalah kesaat ini .



Sendi masyarakat ISLAM iaitu RUMAHTANGGA subur dengan pembenihan kecintaan kepada ALLAH semata-mata. Tidak berpisah dari tiap-tiap sendi ini dengan sulaman CINTA ALLAH. Keindahan ini tampak sempurna melalui peranan setiap entiti di dalam keluarga; si suami memimpin isteri yang lemah , si isteri penasihat yang setia si suami jua menekuni sulaman didikan anak-anaknya, anak-anak menajadi pengikut paling setia mencontohi kasih -sayang ibu dan bapanya.


Begitulah ISLAM mendidik umatnya dalam kekeluargaan, maka apatah lagi kepada pengurusan hidup manusia secara keseluruhan - bermula dari ekonomi, politik, pentadbiran negara, keilmuan , ketamadunan ...semuanya sudah sebati dan tercerna dengan baik sehingga tiada lagi yang tidak diliputi ISLAM dan semuanya kembali kepada CINTA ALLAH jua. Hujung jatuh penzahiran sifat hamba ini akhirnya semua tertumpu kepada abdi diri pada ALLAH.


Generasi kini tidak dapat tidak hanya mampu membina kembali ketamadunan yang dibina para sahabat dengan mengikut telunjuk ikutan sepanjang zaman Nabi MUHAMMAD SAW. Jalan - jalan yang telah dirintis para sahabat r.a. dengan bimbingan MURABBI AGUNG , mestilah jua dilalui umat terkemudian.


Bermula dari bagaimana mereka menzahirkan peribadi mereka, akhlak mereka, ibadah yang tulus, mujahadah yang menekan nafsu, pengorbanan yang tak terbayang oleh kita, serta jihad-jihad mereka pada tiap-tiap perbuatan mereka. Keimanan hakiki yang meresap lagi mencahayakan dalam hati atau kita istilahkan sebagai makrifatullah itu mengalir indah melalui tingkahlaku mereka.



Ketundukkan nafsu para sahabat dari ammarah kepada nafsu ahli JANNAH di jinakkan dengan panduan WAHYU melalui lidah mulia baginda saw . Sehingga kewajipan atas batang tubuh mereka untuk melakukan Qiamullail sekalipun adalah mudah dek keinginan bersangatan menzahirkan rasa Kecintaan yang amat mendalam seperti menyelam di dasar lautan .


Hati mereka hidup dengan ALLAH dalam gerak dan diam mereka. Zahir mereka sibuk dengan urusan dunia tanggungjawab ALLAh kepada mereka, namun hati mereka tidak lalai dari ingatan kepadaNYA sehingga mereka menanggung keasyikan amat sangat berubudiyyah melahirkan rasa syukur dan cinta kepada RABB mereka.

Mereka dididik dengan sulaman zikir AL QURAN , sentiasa memperingati diri dengan tazkirah dan majlis-majlis demi menyuburkan rasa cinta mereka kepada ALLAH. Menjadikan akal mereka semakin puas dan kuat menterjemahkan rasa cinta ini sehingga melimpah pada perbuatan mereka. Kecintaan ini adalah rasa (dzauqi) yang bersarang di hati mereka. Hanya orang yang jatuh cinta sahaja mampu memahami bahasa dan isyarat cinta. Mereka merasainya dihati, biarpun manusia lainnya memanggil mereka gila..mereka merasa bahagia dengan cinta itu.



Hati adalah raja dan punca dan asal segala pendidikan ...begitulah dimaklumi, hatilah mesti diutamakan dalam pendidikan manusia.

sumber: SUFI MUJAHID

Tuesday, December 7, 2010

Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

NONEMenurut, presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

NONEMenurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

sumber: GAMIS